Perkongsian Hantaran : Titah Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perpaduan Negara dan Penghayatan Rukun Negara

Title

Perkongsian Hantaran : Titah Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perpaduan Negara dan Penghayatan Rukun Negara

Subject

Yang di-Pertuan Agong, Perpaduan Negara, Rukun Negara, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sejarah 13 Mei 1969, Keharmonian Kaum, Kenegaraan

Description



JANGAN LUPA PENGAJARAN 13 MEI 1969, DETIK SEJARAH HITAM NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGONG

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh lapisan rakyat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.

“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (1 Jun).

Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

#YDPAgong

#AllahPeliharakanSultan

#IstanaNegara

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Date

Relation

Perkongsian semula hantaran titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkaitan kepentingan perpaduan negara, penghayatan prinsip Rukun Negara serta pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969 dalam memelihara keharmonian masyarakat Malaysia

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Shared Social Media Posting (Facebook), Royal Affairs Update

Coverage

Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1D3vXHDmUH/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Titah Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perpaduan Negara dan Penghayatan Rukun Negara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2186.

Output Formats