Majlis Pelancaran Pengecas EV di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM

Title

Majlis Pelancaran Pengecas EV di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM

Subject

Pengecas EV, Kenderaan Elektrik, EV, PHEV, Kelestarian, Universiti Teknologi MARA, Lembaga Pengarah Universiti, Penyelidikan, Petronas Research, Alumni UiTM

Description



Petang Selasa 30 Zulhijjah 1447, setelah selesai Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang telah berlangsung sejak pagi, satu majlis ringkas iaitu Majlis Pelancaran Pengecas EV di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi LPU telah diadakan. Turut dihadiri oleh ahli LPU yang lain.

Dalam usaha menyokong initiatif kelestarian, UiTM sudah mula menggunakan kenderaan PHEV juga bagi menyokong industri automotif tempatan yang sudah mula membekal EV dan PHEV.

Atas sebab ingin mendalami penggunaan dan menilai sendiri isu keselamatan teknologi ICT kenderaan, kami telah mula menggunakan PHEV sejak tahun 2021 dan EV sejak awal 2023. Alhamdulillah pelbagai aspek yang telah dicerap dan dipelajari.

Selesai majlis, Tan Sri Pengerusi telah menyarungkan skaf Alumni UiTM kepada Dato’ Sri Ab Rahim, Ahli LPU baharu yang juga Alumni UiTM, kami seterusnya menyematkan pin Alumni. Tahniah Dato’ Sri atas lantikan, semoga dengan semangat Alumni, bersama kita angkat UiTM menjadi universiti unggul, InsyaAllah.

Turut menyantuni team dari Khazanah yang hadir ke UiTM untuk usaha kerjasama.

Terima kasih kepada kumpulan Penyelidik, Dr Nabil dan rakan-rakan, team pembangunan Dr Armai dan team, terima kasih juga TNC Pembangunan dan semua ahli MEU yang telah hadir sama serta sokongan. Data pengecasan akan digunakan sebagai sebahagian dari data penyelidikan yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama Petronas Research.

Pengecasan adalah percuma untuk sebulan dalam tempoh percubaan!


Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad

#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan Majlis Pelancaran Pengecas EV di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelaksanaan inisiatif kelestarian melalui penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV),serta pengiktirafan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) baharu sebagai Alumni UiTM

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Launching Ceremony

Coverage

Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14iu1EhtZiB/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Pelancaran Pengecas EV di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2208.

Output Formats