Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Tinggi ke Tawau dan Kota Kinabalu
Title
Subject
Description
Alhamdulillah, seharian mengiringi Ybhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dalam lawatan kerja ke Tawau dan ke KK.
Antara usaha rasionalisasi UiTM untuk mengoptimumkan sistem penyampaian UiTM seluruh negara dengan kerjasama Politeknik yang bakal melaksanakan program Pra Diploma UiTM sebagai feeder kepada UiTM juga memperkasa learning pathways TVET negara.
Turut sama Rektor UiTM Sabah, Profesor Madya Dr. Uji Mohammed, Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Encik Tahir bin Leemat, Pengarah Politeknik Tawau dan Sr. Mohd Hanafi Moghni, Pengarah Bahagian Dasar, Kualiti & Ukur Bangunan, Jabatan Pembangunan UiTM.
Selesai melihat tapak cadangan Politeknik Tawau, rombongan bergerak ke UiTM Tawau dan IPG Tawau yang merupakan Kampus sementara Politeknik Tawau. Pelbagai model usahasama dan model sinergi menang-menang telah dibincangkan.
Sebelah petang ke KK, membuat kunjung hormat ke pejabat Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, mendapatkan pandangan dan berbincang tentang pelan rasionalisasi UiTM. Selesai di Menara Kinabalu, kita bergerak ke Wisma Bandaraya bertemu pula YBhg. Datuk Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah membuat perbincangan lanjut tentang cadangan pendidikan tinggi di Sabah.
UiTM memberi komitmen capaian kepada program UiTM di negeri Sabah akan dipertingkatkan kerana penduduk Sabah yang sebahagian besarnya Bumiputra adalah antara populasi tertinggi dikalangan negeri-negeri di Malaysia.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk UiTM dalam melaksanakan fungsinya memacu Bumiputra profesional.
Tahniah kepada Datuk Zainudin yang telah diumum sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sabah yang baharu, Tahniah Datuk!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku![]()