Majlis Perasmian Paparan Tanda Tahun 1956-2026 pada Air Terjun Canselori Sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM

Title

Majlis Perasmian Paparan Tanda Tahun 1956-2026 pada Air Terjun Canselori Sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM

Description

Lewat petang Jumaat 10 Muharram, 26-6-26, menyempurnakan Majlis Perasmian Paparan Tanda Tahun 1956-2026 pada Air Terjun Canselori Sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM, "7 Dekad: Legasi Ilmu, Aspirasi Unggul".

Majlisnya ringkas, namum didalam ucapan kami mengimbau 7 Dekad Evolusi UiTM, atas takdir dan kententuan Allah juga kami mengingatkan tahun-tahun keramat, bermula dari tahun 1946, penentangan Malayan Union, Melayu bersatu mengembali kuasa Raja-Raja Melayu, 10 tahun kemudian … 1956 Dewan Latehan Rida ditubuhkan, 10 tahun kemudian, 1966, Akta MARA diwartakan, hasil dari Kongres Eknonomi Bumiputra,

Maktab MARA telah ditubuh pada 1965 dan dinamakan Institut Teknologi MARA pada tahun 1967, 10 tahun selepas Akta MARA, Akta Institut Teknologi MARA diwartakan pada tahun 1976 (Akta 173), juga tahun dukacita, pemergian PM Almarhum Tun Abdul Razak, antara individu utama berperanan kepada kewujudan ITM, 10 Tahun kemudian, 1986, berlaku transformasi ITM, Datuk Mohd Mansor Salleh dilantik sebagai Pengarah ITM, memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan akademik dan fizikal ITM, 10 tahun kemudian, pada tahun 1996, Parlimen meluluskan Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 (Akta A964) yang menjadi asas kepada transformasi ITM menjadi sebuah universiti, memberikan ITM kuasa yang sama seperti universiti awam lain, diberi kuasa menawarkan program sehingga peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), membuka jalan kepada pengisytiharan rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999, 10 tahun kemudian, 2026, UITM menyambut Jubliee Emas 50 tahun UiTM dengan memperkenalkan 21 Strategi Pengukuhan Universiti Abad Ke-21, yang memberi penekanan kepada:
  1. Kecemerlangan akademik
  2. penyelidikan dan inovasi, *
  3. pembangunan modal insan, *
  4. jaringan industri, *
  5. serta tadbir urus universiti yang lebih berkesan.
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin juga dirasmikan pada tahun 2006 bertempat di tapak Air Terjun oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

10 tahun kemudian, 2026, Majlis Kemuncak Sambutan 60 Tahun UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam, disempurnakan oleh YAB PM, turut dihadiri tokoh-tokoh penting dalam sejarah UiTM termasuk Almarhum Tun Arshad Ayub serta bekas-bekas Naib Canselor UiTM. Perdana Menteri menegaskan bahawa UiTM merupakan antara institusi yang paling besar menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi orang Melayu dan Bumiputera.

Penubuhan UiTM adalah hasil perjuangan MARA dan ilham Almarhum Tun Abdul Razak Hussein untuk memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada Bumiputera. 10 tahun kemudian.. 2026 kini kita meraikan 7 Dekad evolusi UiTM. Diselit juga peristiwa perjuangan, keampunan dan nusrah Allah swt yang terkait dengan 10 Muharam.

1956-2026 bukan sekadar angka yang merentasi masa, tetapi melambangkan tujuh dekad jasa, pengorbanan dan kecemerlangan dalam membangunkan modal insan serta memacu kemajuan negara. Semoga legasi ini akan terus diperkasakan demi generasi yang akan datang. Tahniah dan terima kasih ICAN, Pejabat Pembangunan,Pejabat Komunikasi Strategik dan Persekutuan Alumni UiTM.

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/1032906782595450?ref=embed_post

Identifier

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/1032906782595450?ref=embed_post

Files

Tags

Citation

“Majlis Perasmian Paparan Tanda Tahun 1956-2026 pada Air Terjun Canselori Sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2227.

Output Formats