Pelancarkan Inisiatif Semikonduktor@UiTM
Title
Pelancarkan Inisiatif Semikonduktor@UiTM
Description
Alhamdulillah, dengan Amanah daripada YAB Perdana Menteri, hari ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melancarkan Inisiatif Semikonduktor@UiTM bagi mempercepat pembangunan bakat berkemahiran tinggi, sekali gus menyokong usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai hab semikonduktor global.
Inisiatif strategik itu dilaksanakan selaras dengan aspirasi Strategi Semikonduktor Kebangsaan (National Semiconductor Strategy - NSS) dalam memenuhi permintaan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Usaha ini melibatkan seluruh sistem UiTM, UiTM Pulau Pinang, UiTM Johor, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, yang turut menyaksikan kesiapsiagaan UiTM sebagai antara institusi pengajian tinggi awam yang memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan bagi industri semikonduktor negara.
Pelaksanaan inisiatif ini telah disokong melalui peruntukan RM20 juta di bawah Belanjawan 2025 oleh Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh YAB PM dalam ucapan bajet bagi memperkukuh kapasiti UiTM dalam melahirkan graduan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang memenuhi keperluan industri semikonduktor, sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia dalam sektor teknologi tinggi.
Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Pendidikan Tinggi berkata kejayaan UiTM membangunkan ekosistem latihan semikonduktor dalam tempoh singkat membuktikan kecekapan tadbir urus universiti dalam menterjemahkan pelaburan kerajaan kepada pembangunan bakat negara.
"UiTM telah membuktikan keupayaan dan komitmen yang tinggi dalam memanfaatkan peruntukan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur, kepakaran dan ekosistem pembelajaran yang mampu memenuhi keperluan industri semikonduktor. Inilah contoh bagaimana pelaburan kerajaan diterjemahkan kepada pembangunan modal insan yang memberi impak kepada negara," katanya.
Terima Kasih YBM atas kesudian hadir menyempurnakan majlis, sekalung penghargaan diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, terutamanya Jabatan Pendidikan Tinggi dan Bahagian Hubungan Industri, atas sokongan berterusan serta penyaluran dana ini.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada warga FKE, seluruh jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis hari ini.
Komitmen, dedikasi dan semangat kerjasama yang ditunjukkan menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran majlis yang bersejarah ini.

Source
https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/1035589685660493
Date
Identifier
https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/1035589685660493
Citation
“Pelancarkan Inisiatif Semikonduktor@UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2230.