Perkongsian Hantaran : Tahniah Tn Ishak Jahari dan Team Prasarana Atas Pelancaran Laluan LRT3

Title

Perkongsian Hantaran : Tahniah Tn Ishak Jahari dan Team Prasarana Atas Pelancaran Laluan LRT3

Subject

Ucapan penghargaan, perkongsian hantaran

Description

Alhamdulillah 
Tahniah Tn Ishak Jahari dan team Prasarana.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️


__________________________________________________________________________

"
#Selangor Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki tren LRT3 dari stesen Seri Andalas ke stesen Johan Setia yang mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit bagi menyempurnakan majlis pelancaran laluan Shah Alam.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam perjalanan berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Turut hadir Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tan Sri Mohd Nasir Ahmad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Amir Hamdan.

Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia merangkumi 20 stesen baharu dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di sepanjang jajaran itu.

Prasarana Malaysia Berhad menyasarkan 67,000 perjalanan penumpang sehari pada tahun pertama operasi, sebelum meningkat kepada 117,708 perjalanan sehari dalam tempoh lima tahun.
videoBERNAMA

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : BERNAMA

Date

Relation

Berkaitan Perkongsian Hantaran Pelancaran Laluan LRT3 Shah Alam

Format

Digital Text, MP4 Video (Duration 01 minutes 35 seconds)

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook),News Article Sharing

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19BUxSkoqw/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Tahniah Tn Ishak Jahari dan Team Prasarana Atas Pelancaran Laluan LRT3,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2235.

Output Formats