Inisiatif Semikonduktor@UiTM Perkukuh Ekosistem Pembangunan Modal Insan Negara

Title

Inisiatif Semikonduktor@UiTM Perkukuh Ekosistem Pembangunan Modal Insan Negara

Subject

Malaysia, Industri Semikonduktor, Inisiatif Semikonduktor@UiTM, Universiti Teknologi MARA, UiTM, National Semiconductor Strategy, NSS, Modal Insan, Penyelidikan, Industri, Pendidikan Tinggi, Teknologi Semikonduktor, Kementerian Pendidikan Tinggi

Description

Malaysia mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara peneraju industri semikonduktor dunia. Namun, kejayaan itu bergantung kepada keupayaan kita membangunkan bakat, memperkukuh penyelidikan serta mempererat kerjasama antara universiti, kerajaan dan industri.
Pagi ini saya berbesar hati merasmikan Inisiatif Semikonduktor@UiTM, satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan negara selaras dengan aspirasi National Semiconductor Strategy (NSS).

Tahniah kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah memanfaatkan peruntukan kerajaan dengan cekap dan berimpak tinggi sehingga berjaya membangunkan fasiliti, makmal, kurikulum serta ekosistem pembelajaran yang memenuhi kehendak industri.

Saya percaya pendidikan tinggi memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan jurutera, saintis, penyelidik dan inovator yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri hari ini, malah mampu memimpin pembangunan teknologi masa hadapan.

InsyaAllah, melalui pelbagai usaha ini, Malaysia bukan sahaja akan terus menjadi hab semikonduktor yang penting di rantau ini, malah mampu mengorak langkah lebih jauh dalam bidang reka bentuk cip, pembungkusan termaju, penyelidikan dan teknologi bernilai tinggi.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Relation

Perkongsian hantaran mengenai perasmian Inisiatif Semikonduktor@UiTM oleh Menteri Pendidikan Tinggi

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay. English

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Message, Announcement

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Fw8D6KR1D/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Inisiatif Semikonduktor@UiTM Perkukuh Ekosistem Pembangunan Modal Insan Negara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2240.

Output Formats