Perkongsian Profil Tokoh dan Perjalanan Pendidikan Anak Jati Segamat

Title

Perkongsian Profil Tokoh dan Perjalanan Pendidikan Anak Jati Segamat

Subject

Profil Tokoh, Segamat, Perjalanan Pendidikan, Pendidikan dan Ilmu, Guru dan Pendidikan, Kepimpinan, Anak Jati Kampung Sepinang

Description




Terima kasih admin FB Komuniti Segamat memetik kami sebagai Profil Tokoh dalam hantaran FB semalam, terima kasih juga rakan-rakan yang memajukan pautan dengan pelbagai ucapan diterima.

Rasanya sangat kerdil dan faqir untuk disohor begini, syukur hanya pada Allah, هذا من فضل ربي
ini lah kurnia dari Allah jua.

Ya benar kami anak jati Kampung Sepinang, lahir di sambut arwah Tok Bonda, bidan kampung tersohor di Segamat, mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg. Sepinang, sempat duduk bangku panjang.. anak hari ini beza bangku dan kerusi pun tak boleh beza.. juga mula bersekolah Agama di Sepinang juga, Cikgu Leman, disamping mengutip ilmu-ilmu agama dari Ustaz-ustaz kampung, arwah Cikgu Khalid, Cikgu Elias dan Cikgu Walid.. juga bait-bait kata dan pesan dari Arwah Imam Jeran dan Ketua Kampung Cik Aid. Pindah ke Sekolah Datuk Wan Idris, dididik cikgu kelas, Cikgu Maimun, Cikgu Othman, Cikgu Saleh, Cikgu Peter Tan, Cikgu Suryati, Ustaz Zakaria dan Cikgu Manja, ke SDAR sepenggal sebelum balik ke Sekolah Tinggi Segamat hingga SPM ‘84, hujung minggu berulang naik basikal seluar & baju putih dari Sepinang ke Kelas Khas, di Sekolah Agama Bandar, sekarang PPD, dekat Pejabat Pos, Ustaz-ustaz kami Cikgu Saim, Cikgu Saidin, Cikgu Mokhtar, Ustazah Zaharah, Ustazah Maimunah, tak lupa Cikgu-Cikgu STS, Cikgu Yasiran, Cikgu Misman, ZOS, Cikgu Rokiah, Mrs Teoh, Mrs Shan, Mrs Chuah, Cikgu Dolah Pengakap, terima kasih khas Cikgu Manan, isikan borang ke luar negara biasiswa JPA, ke ITM dari ‘86-87’, direzkikan Sarjana Muda di US ‘89 dan Sarjana ‘91, dan PhD ‘95 di UK, Alhamdulilah sudah lebih 3 Dekad.. mewarisi tugas mendidik anak bangsa, hasil didikan arwah ayahanda, Cikgu Sahib (Kubur di Sepinang), seorang guru sekolah Melayu yang hanya lulus darjah 6.., Ayahnya Hj Muhammad, Imam Masjid Batu 3 Bakri, kuburnya di Batu 1 1/2 Bakri, Muar, bin Hj Arshad (Merlimau Pasir, Melaka), bin Yahya bin Saleh (Banten) bin Hussain (Cirebon)…

Terima kasih semua guru-guru kami, semoga Allah tinggikan darjat mereka, ampuni dan berkati kesemuanya, amin

Ramai lagi tokoh kepimpinan berasal dari Segamat, antaranya, Dato’ Zamani Md. Noor, mantan KP MARA, berasal dari Buluh Kasap, Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), juga mantan Ketua Pengarah MARA, dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, asal Jementah, mantan VC UMT juga mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM.

Di sektor Perbankan pula ada Dato’ Mohd Rashid Mohamad, Group Managing Director / Group Chief Executive Officer (Group MD/Group CEO) RHB Banking Group dan Tn Nor Haimee Zakaria, Chief Finance Officer (CFO), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
Perjuangan mujahadah ilmu perlu diteruskan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air…

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah al-Mujādilah, 58:11)

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Komuniti Segamat

Date

Relation

Berkaitan perkongsian hantaran profil tokoh oleh perjalanan pendidikan, sumbangan guru serta pengalaman pendidikan dari Kampung Sepinang, Segamat hingga ke peringkat pengajian tinggi

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Announcement, Leadership Appointment, Alumni Recognition

Coverage

UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/197TsrAc5o/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Profil Tokoh dan Perjalanan Pendidikan Anak Jati Segamat,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2257.

Output Formats