Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi 2026
Title
Subject
Description

Petang Isnin, menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi 2026 yang berlangsung di Politeknik Premier Port Dickson dan dipengerusikan oleh YBM KPT, YB DS Dr. Zambry Abd. Kadir.
Mesyuarat ini merupakan wadah penting untuk menyelaras peruntukan serta melaporkan kemajuan pelaksanaan pelbagai projek dan inisiatif pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, telus dan berimpak tinggi.
Alhamdulillah, walaupun setakat ini hanya mampu menyelesaikan 25% daripada keperluan sebenar, semua kampus UiTM telah diperuntukkan bajet untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan infostruktur bagi memberikan keselesaan kepada mahasiswa dan warga UiTM.
Hadir sama pengurusan tertinggi KPT, Naib-Naib Canselor dan Pengarah-Pengarah Politeknik.
Ucapan terima kasih kepada Politeknik Premier Port Dickson sebagai tuan rumah bagi mesyuarat kali ini.