HEP UiTM Komited Jayakan Inisiatif Kebajikan KPT melalui Food Bank Dapur Siswa MADANI
Title
Subject
Description
HEP UiTM komited Jayakan Inisiatif Kebajikan KPT melalui Food bank Dapur Siswa Madani
20 Ogos 2026 – Sesi Penerangan Food Bank Siswa UiTM telah berlangsung bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) seluruh sistem UiTM, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan inisiatif kebajikan mahasiswa.
Melalui inisiatif ini, dana awal daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) berjumlah RM871,272.65 telah diagihkan kepada seluruh sistem UiTM.
Sesi penyerahan dana telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, bertempat di Food Bank Siswa UiTM Shah Alam.
Semoga suntikan dana awal ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu memenuhi keperluan dan kebajikan mahasiswa UiTM, khususnya menerusi inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI.
Terima kasih KPT atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkasa kebajikan mahasiswa.