Perkongsian Hantaran Menyambut Pelajar Baharu UiTM dari Sabah

Title

Perkongsian Hantaran Menyambut Pelajar Baharu UiTM dari Sabah

Subject

Pelajar Baharu UiTM, Sabah, ZAWAF UiTM, Kebajikan Mahasiswa, Pendaftaran Kolej Kediaman, Pembukaan Akaun Bank, Fakulti Muzik UiTM, Produksi Audio Digital, Sokongan Mahasiswa, Kehidupan Kampus

Description

Menyambut Pelajar Baharu UiTM dari Sabah

Team ZAWAF UiTM yang diketuai oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Najahudin bin Lateh, telah hadir awal pagi tadi di KLIA2 bagi menyambut ketibaan seorang pelajar baharu UiTM dari pedalaman Sabah.

Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di Fakulti Muzik dalam bidang Produksi Audio Digital turut dibantu dalam urusan pembukaan akaun bank serta pendaftaran kolej kediaman, bagi memastikan segala keperluan awal sebagai mahasiswa UiTM dapat diselesaikan dengan lancar.

ZAWAF sentiasa berusaha memberikan sokongan dan perhatian kepada pelajar, khususnya mereka yang memerlukan bantuan dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang menuntut ilmu, diberikan kekuatan dan kejayaan dalam pengajian, serta suatu hari nanti dapat kembali menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Selamat datang ke UiTM!

Menjunjung amanah, menyantuni mahasiswa.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan usaha ZAWAF UiTM menyambut dan membantu seorang pelajar baharu UiTM dari pedalaman Sabah yang akan mengikuti pengajian dalam bidang Produksi Audio Digital di Fakulti Muzik, termasuk urusan pembukaan akaun bank dan pendaftaran kolej kediaman.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Student Welfare, Student Support, New Student Engagement

Coverage

  • Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • KLIA2
  • Sabah, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BXgpyux6R/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran Menyambut Pelajar Baharu UiTM dari Sabah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2393.

Output Formats