Terima Kasih YAB Perdana Menteri atas Pengumuman Kampus UiTM Tun Arshad Ayub dan Sokongan kepada UiTM
Title
Terima Kasih YAB Perdana Menteri atas Pengumuman Kampus UiTM Tun Arshad Ayub dan Sokongan kepada UiTM
Subject
Kampus UiTM Tun Arshad Ayub, Tun Dr. Arshad Ayub, Kampus UiTM Jalan Othman, Himpunan Mesra Alumni UiTM, Alumni UiTM, Persekutuan Alumni UiTM Malaysia, Pembangunan Bumiputera, Pendidikan Tinggi, Biasiswa Alumni UiTM, Anugerah Tokoh Alumni UiTM 2026, UiTM 70 Tahun
Description

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya dinamakan semula sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub sebagai penghormatan terhadap sumbangan Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.
Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub merupakan Pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) dan Pro-Canselor UiTM yang memainkan peranan penting dalam membangunkan ITM sebagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat Bumiputera.
Menurut YAB PM, penamaan kampus berkenaan diharap dapat memastikan jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Arshad Ayub terus dikenang, khususnya dalam aspek kepimpinan pendidikan, tadbir urus, integriti dan pembangunan institusi.
Terima kasih juga YAB Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan segera sebanyak RM2.5 juta bagi Kampus UiTM Tun Arshad Ayub untuk menyokong keperluan pembangunan semula kampus berkenaan.
Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan YAB PM kepada Persekutuan Alumni UiTM Malaysia untuk memilih antara tujuh (7) hingga 10 orang alumni berpengalaman bagi membantu kerajaan menilai serta mengemukakan cadangan penambahbaikan agenda pembangunan Bumiputera, khususnya berkaitan UiTM.
Kepakaran alumni UiTM boleh dimanfaatkan bagi mengenal pasti bidang baharu yang perlu diberi perhatian, termasuk kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan bidang kesihatan, selain memperluas peranan UiTM sebagai pusat kecemerlangan akademik.
Bersyukur atas komitmen dan pengesahan YAB Perdana Menteri berkaitan peruntukan pengurusan dan pembangunan UiTM bagi tahun 2026 berjumlah RM3.08 bilion, berbanding sebelum ini, membuktikan perhatian kerajaan terhadap pembangunan dan kelestarian UiTM.
UiTM komited meneruskan perjuangan pembangunan Bumiputera berasaskan prinsip keadilan sosial dengan memastikan kemajuan dan peluang yang disediakan tidak menafikan hak serta kepentingan masyarakat lain.
YAB Perdana Menteri turut menekankan keperluan universiti memastikan kurikulum sentiasa selari dengan keperluan industri, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta peluang memperoleh pendapatan yang lebih baik.
YAB DS juga mengingatkan supaya kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, termasuk memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tidak berdepan masalah mendapatkan makanan sepanjang tempoh pengajian.
Himpunan Mesra Alumni UiTM bersama YAB Perdana Menteri turut menyaksikan sambutan ulang tahun ke-70 UiTM, penyampaian Biasiswa Alumni UiTM kepada lima (5) orang pelajar, lapan (Anugerah Tokoh Alumni UiTM 2026 dan Anugerah Khas Tokoh Alumni UiTM Sepanjang Zaman kepada waris Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Tuan Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk KY Mustafa; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khamil Jamil, serta Presiden Persekutuan Alumni UiTM Malaysia, Saiful Azhar Shaharun dan 48 Presiden Persatuan Alumni.
Jutaan Terima kasih YAB DS PM!
Terima Kasih kepada Alumni Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA, Institut Teknologi MARA dan UiTM yang hadir!
Tahniah dan terima kasih kepada Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia, Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam serta semua yang terlibat!
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan Himpunan Mesra Alumni UiTM bersama YAB Perdana Menteri serta penghargaan terhadap pengumuman penamaan semula Kampus UiTM Jalan Othman sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook, Alumni Engagement, Institutional Activity, University Development Update
Coverage
- Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/19fJcEmwm8/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Terima Kasih YAB Perdana Menteri atas Pengumuman Kampus UiTM Tun Arshad Ayub dan Sokongan kepada UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2412.