Menjunjung Kasih atas Keberangkatan Duli Tuanku ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 2
Title
Menjunjung Kasih atas Keberangkatan Duli Tuanku ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 2
Subject
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 2, Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor, Institusi Diraja, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Penghargaan Diraja, Doa dan Pengharapan, Amanah Pendidikan, Hadis Rasulullah SAW
Description

Menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Tuanku berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA kali ke-105 pada Sidang 2 pagi tadi dan atas perkenan Tuanku untuk patik merakam gambar kenangan bersama isteri.
Sesungguhnya, keberangkatan Duli Tuanku amat bermakna buat patik sekalian, dan suasana istiadat bertambah seri dan gemilang berkat keberangkatan dan kedaulatan Kebawah Duli Tuanku.
Mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah SWT, melunaskan amanah yang dipikul moga perjuangan mendidik anak bangsa dapat diteruskan demi agama, bangsa dah tanah air.
Setiap yang hidup pasti mati, setiap pertemuan pasti berpisah, setiap amal pasti dibalas.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
قَالَ لِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ:
يَا مُحَمَّدُ، عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ، وَأَحْبِبْ مَنْ أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ لَاقِيهِ.
Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Jibril AS berkata kepadaku:
“Wahai Muhammad!
Hiduplah sebagaimana yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau pasti akan mati.
Kasihilah sesiapa yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya.
Beramallah sebagaimana yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau pasti akan menemui balasannya.”
(Musnad Abi Dawud al-Tayalisi, no. 1862, Syu‘ab al-Iman, Imam al-Bayhaqi, no. 10540)
Patik dan sekalian warga UiTM sentiasa berdoa semoga DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri serta kerabat diraja sentiasa berada dalam petunjuk, lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam memimpin serta menaungi negeri Selangor.
Menjunjung kasih Tuanku
Selangor Royal Office
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan penghargaan atas keberangkatan KBDYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 2
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay Arabic (Hadith)
Type
Social Media Posting (Facebook), Royal Tribute, Convocation Ceremony, Royal Event, Religious Reflection, Institutional Event
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1JsyGY7fzj/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menjunjung Kasih atas Keberangkatan Duli Tuanku ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, Sidang 2,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2456.