Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 14) dan Kisah Graduasi Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali

Title

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 14) dan Kisah Graduasi Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali

Subject

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105, Sidang 14, Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali, Anugerah Naib Canselor, Graduan UiTM Cawangan Perak, Kolej Pengajian Alam Bina, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Description



Alhamdulillah, pagi Rabu, 28 Oktober 2026, menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sidang 14) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Hari ini sangat istimewa kerana anakanda Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali, yang tidak dapat mengikuti Konvokesyen ke-104 akibat sakit kanser, direzekikan Allah untuk naik ke pentas hari ini.

Saya masih ingat waktu menziarahi beliau, beliau membuat permintaan untuk tetap bergraduasi di Konvo ke-105 kerana ingin menghadiahkan selempang merah jambu (Anugerah Naib Canselor) kepada ibunya. Itulah yang saya nyatakan kepada beliau di atas pentas, Alhamdulillah, Allah izinkan Hafiy untuk menghadiahkan selempang merah jambu ini untuk Emak... saya juga turut sebak waktu itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tahniah anakanda Hafiy, semoga Allah sihatkan sepenuhnya dan izinkan untuk terus berjuang menimba ilmu, amin .

Pagi tadi, seramai 1,000 graduan dari UiTM Cawangan Perak telah bergraduasi:

Kolej Pengajian Alam Bina/Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur – 488 graduan

Fakulti Sains Gunaan – 503 graduan

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi – 6 graduan

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi – 3 graduan

Tahniah kepada semua graduan dan keluarga!

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 14), khususnya pengkisahan graduasi Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Convocation Ceremony, Graduation, Student Achievement, Award Presentation

Coverage

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19k5ZMHuu8/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 (Sidang 14) dan Kisah Graduasi Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2482.

Output Formats