MCD Malaysia Apprenticeship Programme Offers Job Opportunities For Malaysian Youth

305297677_192528533170977_3544047590815010260_n.jpg
305562388_192528516504312_3325320837974528859_n.jpg
305632316_192528566504307_6225495319967684938_n.jpg

Title

MCD Malaysia Apprenticeship Programme Offers Job Opportunities For Malaysian Youth

Description

Recently, I attended the 3rd Convocation Ceremony of McDonald's Malaysia, which was held on September 20, 2022, at the UiTM Selangor Branch, Puncak Alam Campus.
Congratulations to the more than 400 graduates who completed the McDonald's Vocational Apprenticeship Programme under the National Dual Training System (SLDN) at 250 training centres under the supervision of 120 instructors. Since its inception in 2018, the programme has assisted over 3,500 graduates from diverse backgrounds to gain experience and be recruited into the hospitality or food services industry.
Hence, as of today, 30 staff have been promoted to Assistant Manager, while 120 staff have been appointed as Crew Leader. SLDN also received support from various government agencies, including Islamic religious departments and zakat centres, in encouraging the participation among the young generation of asnaf group.
According to McDonald's Malaysia, 50,000 job opportunities will be available for Malaysian youth by 2026 due to the Memorandum of Understanding signed between UiTM and McD Malaysia on June 10, 2022. I hope UiTM students will take advantage of this opportunity by enrolling in this partnership's apprenticeship programme established with MCD. This initiative may undoubtedly contribute to the Ministry of Higher Education's aspiration of empowering Bumiputera by raising the employability rate of UiTM graduates.
Thank you to all the staff and executive management team of McD Malaysia, especially Dato' Azmir Jaafar, Managing Director & Local Operating Partner of McDonald's Malaysia, for inviting UiTM officials and me to this event. Also, thank you for choosing UiTM as a strategic location for the graduation ceremony. I believe the surroundings of the campus inspired the graduates. Congratulations to McDonald's Malaysia Vocational Academy. ~RT
PROGRAM PERANTIS MCD MALAYSIA BUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA MALAYSIA.
Baru-baru ini saya menghadiri ke Majlis Konvokesyen ke-3 McDonald’s Malaysia yang diadakan pada 20 September 2022 bertempat di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Tahniah saya ucapkan kepada lebih dari 400 graduan perantis yang berjaya menamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah seliaan Akademi Vokasional McDonald’s di 250 pusat latihan menerusi bimbingan 120 tenaga pengajar. Diperkenalkan sejak 2018, program ini telah membantu lebih daripada 3,500 graduan daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan di dalam industri hospitaliti atau penyediaan makanan & minuman.
Hasilnya, setakat ini seramai 30 staf telah berjaya dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengurus sementara 120 staf dilantik sebagai Ketua Kru. SLDN turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan termasuklah jabatan -jabatan agama Islam dan pusat-pusat zakat dalam menggalakkan penyertaaan generasi muda golongan asnaf.
Saya difahamkan McDonald’s Malaysia menganggarkan 50,000 peluang pekerjaan tersedia untuk belia Malaysia menjelang 2026. Seiring dengan kerjasama MoU yang dijalinkan bersama di antara UiTM dan McD Malaysia pada 10 Jun yang lalu, saya berharap peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar UiTM menerusi program perantisan yang dimeterai bersama McD.
Ini sekali gus dapat memacu agenda memperkasa bumiputera yang diaspirasikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UiTM.
Terima Kasih kepada seluruh warga staf dan pengurusan McD Malaysia khususnya Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia atas jemputan menghadiri ke majlis ini dan terima kasih juga kerana memilih UiTM sebagai lokasi strategik mengadakan majlis yang pastinya dapat memberi semangat dan inspirasi kepada graduan perantis dalam suasana persekitaran kampus. Syabas kepada Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia. ~RT

Source


Date

Collection

Citation

“MCD Malaysia Apprenticeship Programme Offers Job Opportunities For Malaysian Youth,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/331.

Output Formats

Geolocation