A HOME SHOULD REFLECT YOU : “IF THE MANAGEMENT TEAM IS GOOD THE STAFF WILL BE HAPPY”.

Title

A HOME SHOULD REFLECT YOU : “IF THE MANAGEMENT TEAM IS GOOD THE STAFF WILL BE HAPPY”.
SUASANA SESEBUAH RUMAH ADALAH CERMINAN DIRI KITA : “JIKA BARISAN PENGURUSAN BAIK, WARGA PASTINYA SEJAHTERA”

Description

With 70,000 students presently enrolled in 9 modern language courses, the Academy of Language Studies (APB) plays a vital role in preparing our students' competency in English as well as foreign languages such as, Mandarin, German, Arabic, Italy, French, Japan, and Korea. During my walkabout tour to the APB, I praised Hajah Datin Marina Ismail for giving her input on the MyATP, particularly on the issue of Servicing Language Lecturers. I also appreciated Fauziah Saadah Hj. Abdul Halim's (Google Certified Trainer) ideas on more enhanced features that UiTM should explore for a better ODTL experience. You will be my Google expert, and please do not hesitate to offer your thoughts and the most recent Google for Education developments.
My next stop was to the Faculty of Applied Sciences (FSG). The session took place at the Sanggar Alumni, a newly renovated space co-created by the alumni and FSG. The area represents the good relationship between alumni and faculty. In addition, I met with Associate Professor Dr. Ali H. Jawad, an Iraqi who has been with us for 10 years. I congratulate you on obtaining the Q1 and Q2 publications. May Allah grant good health upon you so that you can contribute more to the improvement of the ummah.
Prof Dr Tan Winie's idea, that we should award a monetary incentive to researchers who meet the KPIs and conduct outstanding researches that contribute to the betterment of the world was greatly appreciated. Prof Dr Tan is a specialist in metal transition oxide materials for energy devices, particularly super-capacitors. Last year, we included Prof Dr Tan Winie and her colleagues in the UiTM Ads Campaign 2020 via QS-Creative Apple, for which UiTM earned a gold award for its creative ad execution curated by the ads team.
“If the management team is good, the staff will be happy”, a home should reflect you. That is how I felt after hearing the presentation about the happiness index findings.
Before I conclude, I'd like to welcome our new MoU and MoA partners, which include the University of San Augustine in the Philippines, Institut Teknologi Kalimantan in Indonesia, Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd, and ALS Technichem (M) Sdn. Bhd. InsyaAllah, by mutually working together, both partners will be able to achieve the goals that have been set.
Dengan 70,000 pelajar yang kini mendaftar dalam 9 kursus bahasa moden, Akademi Pengajian Bahasa (APB) memainkan peranan penting dalam meningkatkan kompetensi penguasaan bahasa di kalangan pelajar seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Jerman, Arab, Itali, Perancis, Jepun, dan Korea. Semasa lawatan ke APB, saya menghargai cadangan Hajah Datin Marina Ismail mengenai MyATP, terutamanya dalam isu Pensyarah Bahasa yang memberi khidmat di fakulti-fakulti. Saya mengalukan idea Fauziah Saadah Hj. Idea Abdul Halim (Jurulatih Bertauliah Google) mengenai ciri-ciri canggih yang harus dipraktikkan oleh UiTM untuk pengalaman ODTL yang lebih baik. Anda akan menjadi pakar Google saya, dan jangan ragu-ragu untuk memberikan pendapat anda dan perkembangan Google for Education yang terkini.
Lawatan saya seterusnya adalah ke Fakulti Sains Gunaan (FSG). Sesi berlangsung di Sanggar Alumni, ruang yang baru diubahsuai hasil kerjasama alumni dan FSG. Ruang ini melambangkan hubungan baik antara alumni dan fakulti. Di samping itu, saya bertemu dengan Profesor Madya Dr. Ali H. Jawad, yang berasal dari Iraq. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di UiTM. Saya mengucapkan tahniah kepada Dr Ali kerana berjaya meraih penerbitan Q1 dan Q2. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan berterusan kepada anda, agar anda mampu untuk terus meyumbang demi kebaikan ummah.
Idea Prof Dr Tan Winie yang saya hargai ialah supaya insentif tunai diberi kepada penyelidik yang berjaya mencapai KPI dan melakukan penyelidikan yang luar biasa demi dunia yang lebih baik.. Prof Dr Tan adalah pakar ‘metal transition oxide materials for energy devices’, khususnya super-kapasitor. Tahun lalu, Prof Dr Tan Winie dan rakan-rakannya diketengahkan dalam Kempen Iklan UiTM 2020 melalui QS-Creative Apple, yang mana UiTM memperolehi anugerah emas untuk iklan kreatifnya yang dikurasikan oleh pasukan iklan.
Suasana sesebuah rumah adalah cerminan diri kita : “jika barisan pengurusan baik, warga pastinya sejahtera”. Begitulah pandangan saya setelah mendengar pembentangan mengenai dapatan dari indeks kebahagiaan.
Sebelum saya mengakhiri catatan ini, saya ingin mengalukan rakan-rakan MoU dan MoA baharu UiTM, yang terdiri daripada University of San Augustine di Filipina, Institut Teknologi Kalimantan di Indonesia, Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd, dan ALS Technichem (M) Sdn. Bhd. InsyaAllah, dengan kerjasama erat kedua belah pihak, kita akan terus mengorak langkah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Source

Files

fas.jpg
als.jpg

Citation

“A HOME SHOULD REFLECT YOU : “IF THE MANAGEMENT TEAM IS GOOD THE STAFF WILL BE HAPPY”.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/65.

Output Formats