Hari kedua Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM

Title

Hari kedua Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM

Description

Alhamdulillah menghadiri hari kedua Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM, pagi ini saya diberi amanah mengisi masa kuliah, diilham untuk mengupas N didalam MADANI iaitu KEYAKINAN.

Antara kaedah feqah dalam proses pengeluaran sesuatu hukum adalah :

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).

Berkongsi kefahaman dan mengupas tentang Yakin merentas Tauhid, Feqah, Tasauf dan Kepimpinan:

1. Tidak Percaya
2. Waham
3. Syak
4. Zan
5. Yakin
- Ainul Yakin
- Ilmul Yakin
- Haqqul Yakin

Dari sudut bahasa, keyakinan itu membawa erti : Suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Manakala dari sudut istilah pula ia membawa maksud : Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku.
Kunci kepada Keyakinan adalah Ilmu.

Firman Allah S.W.T :

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali sangkaan saja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak menandingi kebenaran walau sedikit. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
(Surah Yunus 36)

Semoga Allah melindungi kita dari Syak dan Was-was:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)

‏Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)
Yakin kita wujudnya Tuhan, Yakin kita turunnya Rahmat Allah, Yakin kita kepada Perjuangan, Yakin kita pada Pertolongan, Yakin kita pada kemenangan.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Identifier

482356294317171

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/482356294317171

Files

448731835_482356404317160_6587149246072574362_n.jpg
449056558_482356360983831_1031651913133202813_n.jpg
448917899_482356367650497_159992200582482479_n.jpg

Collection

Citation

“Hari kedua Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/689.

Output Formats

Geolocation