PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG TEMPOH 18 DISEMBER HINGGA 23 DISEMBER 2021

Title

PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG TEMPOH 18 DISEMBER HINGGA 23 DISEMBER 2021

Subject

Lesson Learnt

Description

Pengajaran yang saya perolehi sepanjang tempoh 18 Disember hingga 23 Disember 2021.
1. Allah menggerakkan hati untuk memberitahu akal fikiran agar mengarahkan tindakan kita.
2. Perlu peka dengan semua yang berlaku di sekeliling kita.
3. Percaya bahawa tiada yang lebih layak disembah, dan disyukuri daripada rahmat dan kuasa Allah.
4. Hujan itu rahmat dan hujan juga boleh membinasakan.
5. Segala yang baik di mata kasar, boleh jadi buruk dan kecelakaan disebaliknya.
6. Tiada keperluan memiliki banyak fizikal material.
7. Masih ramai orang baik di sekeliling kita.
8. Segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
9. Sabar itu bukan hiasan bibir, tetapi anugerah besar yang tertanam dalam sanubari insan dan ia bukan rekaan tetapi pemberian.
10. Kekuatan kepimpinan itu bukan pada tangan dan kaki, tetapi pada keputusan yang menggerakan segala macam tindakan.
11. Empati itu anugerah, jangan dipersoalkan tetapi dicari.
12. Bantuan bukan boleh dipilih pilih, tetapi wajib diberikan walau dalam bentuk menggerakkan satu sudu dan satu suapan.
Allah, syukur kerana kami, Engkau anugerahkan sedikit keselamatan, sedikit keselesaan dan segunung kesabaran. Nikmat mana lagi yang harus kami dustakan.
Semoga kami terus Engkau anugerahkan Iman, Islam dan Ihsan agar selamat kami dunia akhirat dan sepanjang perjalanan hingga akhir masa.
Kepada diri, keluarga, kawan, rakan, kenalan, pasukan pimpinan, pasukan pemimpin dan semua yang terkesan, ingat kita dipilih bukan disengajakan, lalui lah dalam sedar dan segunung keinsafan. Hidup ini penuh dengan pengajaran.
Wassalam.

4.18 pagi 23 Dis 2021

Source

Relation

https://www.youtube.com/watch?v=tIHOJsuJpg8

Files

banjir.jpg

Citation

“PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI SEPANJANG TEMPOH 18 DISEMBER HINGGA 23 DISEMBER 2021,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 25, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/7.

Output Formats