Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan

Title

Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan

Description

Semalam hadir sesi sebelah petang bersama menjadi ahli panel kepada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan bertemakan "Uzbekistan-Malaysia: Peluang dan Inisiatif Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam Pendidikan Tinggi".

Pada sebelah pagi majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, TYT Konratbay Sharipov; rakan-rakan Naib Canselor universiti tempatan dan swasta serta 28 orang rektor dari universiti terkemuka Uzbekistan.

Forum turut menyaksikan penubuhan Konsortium Pendidikan Tinggi Antara Malaysia-Uzbekistan (MUHEC) yang diterajui oleh UPSI dan bakal menjadi platform strategik untuk menggalakkan mobiliti akademik, projek penyelidikan bersama, serta perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan tinggi.

Tahniah dan Terima Kasih kepada UPSI atas jemputan dan penganjuran yang berjaya, Alhamdulilah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #GRU2025
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid02acouRR1GvjoR9NXm49nexPpzz3sq1vVFqmWysBqLABru4PuSWZDgU5uAXf8U2nFhl

Files

05-02-2025-01.jpg
05-02-2025-02.jpg
05-02-2025-03.jpg
05-02-2025-04.jpg
05-02-2025-05.jpg
05-02-2025-06.jpg

Collection

Tags

Citation

“Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 28, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/990.

Output Formats

Geolocation