Menghadiri Majlis Kesyukuran, Bacaan Yassin, Tahlil, dan Doa Selamat Sempena Malam Nisfu Sya’ban yang dianjurkan oleh Pihak Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Title

Menghadiri Majlis Kesyukuran, Bacaan Yassin, Tahlil, dan Doa Selamat Sempena Malam Nisfu Sya’ban yang dianjurkan oleh Pihak Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Description


Alhamdulillah, pagi semalam, saya bersama keluarga Canselori menghadiri majlis kesyukuran, bacaan Yaasin, Tahlil, dan doa selamat sempena Nisfu Sya’ban yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang memeriahkan majlis, seperti Prof. Ismie, Prof. Faizah, dan ramai lagi.

JazakAllahulKhair kepada Al-Fadil Ustaz Hj. Md Idris Abdullah yang hadir walaupun dalam keadaan kurang sihat untuk memimpin majlis dan juga Tahlil untuk Arwah Ayahanda. Semoga Allah memakbulkan semua doa yang dipanjatkan, dan semoga Ustaz segera dikurniakan kesembuhan, amin.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya yang fakir melalui tazkirah ringkas: Para Malaikat tidak pernah leka mencatat setiap amal kita. Amal harian diangkat pada setiap waktu Subuh dan Asar, amal mingguan pada setiap Isnin dan Khamis, dan amal tahunan pada malam Nisfu Sya’ban. Sebaiknya, kita menutupnya dengan amal yang baik, memohon keampunan, dan membuka lembaran baharu dengan amal yang baik. Mudah-mudahan setiap lembaran mingguan dan harian kita nanti diisi dengan amal yang baik-baik belaka, InsyaAllah.

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?"

Nabi SAW bersabda: "Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai mengenainya, iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."

(HR al-Nasa’i)

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/15Qk1mnJmB/

Files

Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (1).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (2).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (3).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (4).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (5).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (6).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (7).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (8).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (9).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (10).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (11).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (12).jpg
Bacaan Yassin dan Kesyukuran Canseleri (13).jpg

Collection

Tags

Citation

“Menghadiri Majlis Kesyukuran, Bacaan Yassin, Tahlil, dan Doa Selamat Sempena Malam Nisfu Sya’ban yang dianjurkan oleh Pihak Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 28, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1001.

Output Formats