Majlis Penyerahan lnsentif dan Peluncuran Laporan lmpak Kolej-Kolej Bersekutu UiTM

Title

Majlis Penyerahan lnsentif dan Peluncuran Laporan lmpak Kolej-Kolej Bersekutu UiTM

Description

Petang semalam menyantuni rakan-rakan kerjasama dari Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM dalam Majlis Penyerahan lnsentif dan Peluncuran Laporan lmpak Kolej-Kolej Bersekutu UiTM. Usaha murni ini telah dilaksanakan oleh ITM sejak tahun 1992 lagi dan sepanjang tempoh itu seramai lebih 38 ribu graduan bumiputra telah dilahirkan.

InsyaAllah UiTM terus komited meneruskan dan memastikan kejayaan pelaksanaan program usahasama ini untuk memperkasa pendidikan tinggi bumiputera. Program usahasama UiTM yang dilaksanakan melalui KKB memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada golongan bumiputera, terutamanya daripada kelompok B40.

Inilah komitmen UiTM dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Majlis semalam diadakan bagi mengukuhkan lagi persefahaman, menghargai sumbangan dan pencapaian Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM. InsyaAllah akan kita taut kan lagi ukhawah dan muafakat ini dalam sebuah konsortium.

Terima kasih kepada semua CEO dan Wakil yang telah hadir. Antara Kolej-Kolej Bersekutu yang hadir, Instedt at Medini, Iskandar Puteri (INSTEDT),Melaka International College of Science & Technology (MiCoST ) , East West International College, Malaysia , Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP , Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. , Kolej Antarabangsa Unifield , Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kolej Yayasan Pahang Official , Widad University College , SATT College dan Kolej FELCRA

Tahniah Institute of Continuing Education & Professional Studies atas penganjuran dan pencapaian terbaik hingga kini, Alhamdulillah.

InsyaAllah, Muafakat membawa berkat!

Mohd Noor Helmy

Kementerian Pendidikan Tinggi

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #GRU2025
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/pfbid0TVtQWMFaC6YwHxkdQorrBMRJEA5kmBoMmEg3S39hS95vJFa3ccobnwJv8TaNwSp5l

Files

11-02-2025-1.jpg
11-02-2025-2.jpg
11-02-2025-3.jpg
11-02-2025-4.jpg
11-02-2025-5.jpg
11-02-2025-6.jpg
11-02-2025-7.jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Penyerahan lnsentif dan Peluncuran Laporan lmpak Kolej-Kolej Bersekutu UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 28, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/995.

Output Formats

Geolocation