Perasmian Pameran Nuansa Fine Art Degree Show Dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Title
Description
Lewat petang 13 Sya'ban, Perasmian Pameran Nuansa Fine Art Degree Show dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Acara ini berlangsung di The Grey Box, Bangunan GMBB, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Terima kasih YB YM Tengku kerana meluangkan masa untuk meraikan anak-anak seni berbakat kami. Minat mendalam YB Senator terhadap bidang seni halus juga terserlah, yang mungkin tidak disedari ramai.
Terima kasih juga kepada sahabat kami, Dato' Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL), yang hadir dari awal hingga ke penghujung majlis. DS juga menawarkan WTC sebagai ruang galeri untuk siri pameran akan datang. Terima kasih DS!
Terima kasih juga kepada Dato' Lim Seng Kok, Pengarah Gamuda GM Sdn. Bhd. dan GMBB, rakan MOU KPSK, kerana menyediakan ruang pameran yang sangat selesa dan cantik, sebagai bukti sokongan industri terhadap bidang seni tanah air.
Tahniah kepada Prof. Dr. Tazul Izan Tajuddin, Penolong Naib Canselor, Dekan-dekan, Profesor, Ketua Pengajian, Koordinator Bidang, pensyarah, dan yang paling istimewa, mahasiswa semester akhir Bidang Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
YB Senator sangat memuji hasil karya anak-anak berbakat ini. Tahniah! Semoga anak-anak seni ini terus menyumbang kepada pembangunan seni negara, InsyaAllah.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku