Amanat Naib Canselor Sempena Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa Sesi September 2026
Title
Amanat Naib Canselor Sempena Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa Sesi September 2026
Subject
Minggu Destini Siswa, Amanat Naib Canselor, Mahasiswa Baharu UiTM, Sesi September 2026, Permusafiran Ilmu, Legasi Tujuh Dekad UiTM, UiTM Shah Alam
Description

Alhamdulillah, petang Jumaat, 25 September 2026, menyempurnakan Amanat Naib Canselor sempena Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 yang telah berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bersama pelajar semua kampus UiTM seluruh negara.
Platform penting dalam menyampaikan amanat, harapan, pesanan dan aspirasi universiti kepada mahasiswa baharu, di samping meniup semangat serta kesiapsiagaan anak-anak untuk memulakan permusafiran ilmu di UiTM.
Majlis turut disiarkan secara langsung ke seluruh kampus UiTM Cawangan bagi memastikan amanat dan mesej yang disampaikan dapat diikuti bersama oleh mahasiswa baharu di seluruh sistem UiTM.
Keluarlah anak-anak nanti sebagai insan yang lebih beradab, lebih berilmu, lebih matang, lebih berani, lebih berintegriti dan lebih bersedia untuk memimpin dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.
Sempat berpesan untuk mengingat lima perkara ini:
1. Hargai peluang yang diberikan.
2. Ingatlah pengorbanan keluarga.
3. Banggalah dengan UiTM dan fahami sejarahnya.
4. Jaga nama baik universiti kita.
5. Dan akhirnya, persiapkan diri untuk memimpin masa depan.
Andalah penyambung legasi tujuh dekad Universiti Teknologi MARA. Binalah cerita dan ciptalah kejayaan anda di sini!
Tahniah dan Selamat Datang kepada semua anak-anak mahasiswa baharu ke keluarga besar UiTM!
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran Berkaitan Amanat Naib Canselor dan Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 untuk mahasiswa baharu UiTM seluruh negara
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting, Institutional Activity, Alumni Engagement, Student Engagement, University Anniversary
Coverage
Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1bk919PPQ5/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Amanat Naib Canselor Sempena Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa Sesi September 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2405.