Pencapaian UiTM dalam UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026
Title
Pencapaian UiTM dalam UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026
Subject
UI GreenMetric Sustainable University Rankings, Kelestarian Universiti, Pengurusan Air, Pengurusan Sisa, Tadbir Urus dan Pendigitalan, UiTM CSSAP 2024–2030, UiTM2030, Kelestarian UiTM
Description

UI GreenMetric Sustainable University Rankings menilai prestasi universiti berdasarkan tujuh kategori utama, iaitu Infrastruktur dan Persekitaran, Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengangkutan, Pendidikan dan Penyelidikan, serta Tadbir Urus dan Pendigitalan diperkenalkan sebagai kategori baharu pada tahun 2026 bagi menilai dasar, sistem dan pendekatan digital institusi yang menyokong pelaksanaan kelestarian, di samping memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti institusi.
Pada tahun 2026, Pengurusan Air, Pengurusan Sisa serta Tadbir Urus dan Pendigitalan merupakan antara kategori yang mencatatkan prestasi terbaik UiTM. Pengurusan Air dan Pengurusan Sisa masing-masing memperoleh skor penuh 100%, manakala Tadbir Urus dan Pendigitalan mencatatkan 94.4%. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan universiti dalam pengurusan sumber, pelaksanaan amalan kelestarian serta tadbir urus institusi.
Komitmen UiTM dalam memperkukuh agenda kelestarian diterjemahkan melalui UiTM Campus Sustainability Strategic Action Plan (UiTM CSSAP) 2024–2030, antara pelan tindakan strategik di bawah UiTM2030 yang telah dilancarkan pada Ogos 2026. Dengan mengintegrasikan kelestarian dalam pembangunan kampus, operasi dan pembudayaan warga universiti, UiTM kekal komited untuk membina universiti yang lebih mampan, pintar dan berdaya tahan, selaras dengan visi UiTM sebagai Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.
Alhamdulillah, pencapaian ini menjadi satu lagi langkah ke hadapan dalam perjalanan kelestarian UiTM, selain memberikan momentum baharu untuk terus memperkukuh usaha dan menghasilkan impak yang lebih besar pada masa hadapan.
Tahniah kepada semua warga UiTM!
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan pencapaian UiTM dalam UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026 serta pelaksanaan UiTM Campus Sustainability Strategic Action Plan (UiTM CSSAP) 2024–2030
Format
Digital Text, PNG Image
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), University Ranking, Sustainability, Institutional Achievement, Strategic Planning
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1Dnx5z68a1/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Pencapaian UiTM dalam UI GreenMetric Sustainable University Rankings 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2407.