Program Retrreat Bersama Doc Zam
Title
Description
Alhamdulillah, selesai program Retreat Bersama Doc Zam anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Damai Laut Resort, Lumut, Perak.
Program membina pasukan dan kebersamaan KPT bersama Naib Canselor Universiti Awam, Pegawai Utama KPT, JPT, JPKK, dan Pengarah Politeknik. Kehadiran Yang Berhormat Timbalan Menteri (YBTM), Dato’ Seri KSU, Datuk KPPT, dan Dato’ KPPKK menambah erat semangat kebersamaan. Pastinya seronok kerana telah merapatkan ukhuwah dalam kalangan kami, Alhamdulillah.
Dalam ucapan penutup, Yang Berhormat Menteri (YBM) menekankan kepentingan kepimpinan berkesan, peranan kepimpinan, bekerja sebagai satu pasukan, mengekalkan konsep "We", cepat bertindak, taktikal dan strategi yang jelas serta terancang, dan mengupas semula hala tuju 2025.
YBM mengingatkan bahawa dalam apa jua keadaan, perlu ada pemimpin amanah yang ditaati seperti pesan Nabi SAW ketika bermusafir. Dari Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ
"Apabila tiga orang keluar melakukan perjalanan musafir, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua dari salah seorang mereka."
(Riwayat Abu Dawud, 2608)
Ketika tazkirah pagi oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkaitan Tauhidic Epistemology, sang pelangi menjenguk sebentar sebelum menghilang. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah.
Sempat bertemu Alumni UiTM dalam kalangan Pengarah Politeknik, menyantuni semua Alumni UiTM dengan menghadiahkan pin logo UiTM kepada mereka. Semoga mereka menyematkan pin UiTM di hati.
Selesai majlis retreat, kami dijemput ke Pulau Pangkor atas undangan peribadi Yang Berhormat Menteri, menumpang jemputan asalnya kepada YBTM. Petang yang tidak dapat kami lupakan—dijamu makan tengah hari dengan ikan dan ketam segar, pekena kopi & ais krim potong Pangkor, serta melawat Masjid Seribu Doa dan Masjid Seribu Selawat atas usaha YBM sewaktu menjadi Menteri besar (MB) Perak.
Semoga Allah menerima jariah dan wakaf YBM secara berterusan, amin. Dapat lagi bekal ikan bilis sewaktu pulang, terima kasih banyak, YBM.
Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Dr. Zaini Ujang
Kementerian Pendidikan Tinggi
Politeknik
kolej komuniti
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku