Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM)
Title
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM)
Description

Pada sebelah malam Selasa, 18 Februari 2025, mengikat kerjasama lebih erat bersama MDDM di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Datuk Dato' Malaysia(MDDM).
Atas persahabatan dan hubungan rapat MOU ini akan menggerakkan aktiviti penyelidikan dan aktiviti memperkasa Institusi Raja-Raja Melayu dan perkara barkait Akta 787. Hadir sama YB Senator Dato’ Sri Awang Sarian, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dan Sahabat-sahabat kekanda dari MDDM Datuk Awalan, YM Tunku Datuk Nooruddin, Pok Li dan Dato’ Sri Imo.
Kami beli pantun 3 rangkap yang dijual oleh Datuk Awalan,
Mudik kepada hulu sungainya landai
Dalamnya pulak setakat dada
Bukannya mahu menunjuk pandai
Sekadar menyambut adat lembaga
Di atas takhta raja bersemayam,
Memayungi negara penuh saksama,
Semangat juang usah dipadam,
Perkasa institusi, maruah bersama
Keris diasah disenja nan merah,
Pendekar gagah langkahnya sakti,
Bersama kita mengatur langkah,
Kukuh tekad sepakatnya hati.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1MZPeEo1Ey/
Collection
Citation
“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 12, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1015.