UiTM Perlis dan DYTM Raja Muda Perlis: Menerajui Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan

Title

UiTM Perlis dan DYTM Raja Muda Perlis: Menerajui Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan

Description



Alhamdulillah semalam Rabu, 19 Feb 2025, melakukan lawatan kerja seharian di UiTM Cawangan Perlis. Ketibaan disambut oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Rektor dan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perlis.

Sejurus selepas sarapan kami bersama YBhg. Tan Sri Dato' Sri Hj. Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM dan YBrs. Prof Madya Dr Ahmad Nizan Mat Noor, Rektor UiTM Cawangan Perlis menyembah mengadap DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di Galeri DiRaja, Istana Arau. Pelbagai perkara dibincangkan dan DYTM Tuanku juga menitah menyatakan beberapa pandangan terhadap peranan UiTM Perlis. Kami seronok berbual sehingga tidak perasan sudahpun hampir waktu Zohor. Menjunjung Kasih Tuanku atas jamuan makan tenghari.

Selesai Sembah mengadap DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, kami ke Café Ar-Rehlah yang terletak di Kafeteria Di Bukit Temiang. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Dr. Athifah Najwani Shahidan, selaku Pengarah Urusan Athanliz Innovations Sdn Bhd (AISB) dan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Perlis. AISB merupakan syarikat pemula pertama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis yang ditubuhkan pada 2022 yang mengeluarkan hasil produk berasaskan harumanis.

Kafeteria ini juga merupakan Pusat Sehenti Produk Negeri Perlis yang menjual produk dari Negeri Perlis sahaja seperti produk inovasi harumanis, kuih tradisional, produk hasil laut, cenderamata dan kraftangan. Selain itu, tempat ini merupakan tempat yang menjual produk pertanian dan produk-produk daripada usahawan di Negeri Perlis.

Kami memberi beberapa pandangan untuk meningkatkan lagi impak dan pulangan terhadap usaha yang telah dilaksanakan serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Athifah Najwani Shahidan selaku Pengarah Urusan Athanliz Innovations Sdn Bhd (AISB) atas kesungguhan dalam menjalankan perniagaan dan juga mengurus tadbir syarikat dengan jayanya. Semoga terus maju dan berjaya dalam produk inovasi harumanis di dalam negara hinggalah ke luar negara.

Jagan tak cuba Nasi Danging dan Laksa Tomey yang viral tu… kalau ke situ, memang sedap dan padu!
Setalah itu kembali ke kampus menyiapkan basikal untuk kayuhan MAIP Peduli dan sempat memberi suntikan semangat kepada pelajar Asnaf di Sesi Bangun Jiwa Asnaf dan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Asnaf UiTM Arau bersempena Program MAIPs Peduli.

Sebelum Solat Asar, diadakan Majlis Agihan MAIPs Peduli diadakan di Masjid An-Nur, UiTM Cawangan Perlis. Majlis diserikan dengan Keberangkatan Tiba DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis bagi menyantuni 300 orang pelajar-pelajar Asnaf UiTM Cawangan Perlis.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis serta pihak MAIPs yang telah membantu dan memberi sumbangan RM300 seorang kepada para pelajar UiTM yang tidak berkemampuan.

Selesai majlis, DYTM Raja berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang diadakan di sekitar Arau. Sesi Kayuhan MAIPs Peduli kali ini bermula dan berakhir di Masjid An-Nur, UiTM Cawangan Perlis.

Kayuhan MAIPs Peduli ini bukan sekadar aktiviti berbasikal, tetapi satu usaha murni dalam menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Turut serta dalam kayuhan ini ialah Pengurusan Tertinggi UiTM, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan, membuktikan komitmen bersama dalam memastikan semua pihak memainkan peranan dalam usaha mengurangkan kadar asnaf di negeri Perlis.

Selesai kayuhan dan Solat Maghrib, DYTM Raja Muda berkenan pula untuk santap bersama pengayuh dan beramah mesra bersama peserta kayuhan.

Apa enaknya si ikan bilis
Rupanya putih lemak rasanya
Apa hebatnya Raja Muda Perlis
Tuanku berwawasan cakna rakyatnya
Menjunjung Kasih Tuanku

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19zhe5eDx8/

Files

VC dan DYTM Raja Muda Perlis (1).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (2).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (3).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (4).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (5).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (6).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (7).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (8).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (9).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (10).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (11).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (12).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (13).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (14).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (15).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (16).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (17).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (18).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (19).jpg
VC dan DYTM Raja Muda Perlis (20).jpg

Collection

Citation

“UiTM Perlis dan DYTM Raja Muda Perlis: Menerajui Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 11, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1016.

Output Formats