UiTM dan MMU : Memperkasa Jalinan Akademik dan Kerjasama Strategik Antara Dua Organisasi

Title

UiTM dan MMU : Memperkasa Jalinan Akademik dan Kerjasama Strategik Antara Dua Organisasi

Description




Awal pagi tadi, saya menerima kunjungan hormat daripada Presiden Multimedia University (MMU), Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud, bersama pengurusan kanan MMU.

Kami berkongsi refleksi pengalaman di ITTM, yang kemudian menjadi Universiti Telekom dan akhirnya Universiti Multimedia. Kenangan pahit manis dari tahun 1997 hingga 2000, terutama dalam penubuhan kampus di Melaka dan Cyberjaya, turut dikenang.

Tambah istimewa, Dato’ Mazliham juga merupakan alumni UiTM daripada program KPP Program Perancis di Kelana Jaya. Kami sebaya semasa kemasukan ke KPP ITM pada tahun 1985. Tiga ahli pengurusan yang menyertai rombongan dari MMU juga merupakan alumni ITM.

Alhamdulillah, banyak persefahaman yang telah dibincangkan untuk menjalin kerjasama yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak. Semoga urusan ini dipermudahkan, Insya-Allah.

Pertemuan diakhiri dengan jamuan di Cafe Canseleri dan kami turut ditemukan dengan rombongan Udinus, yang juga merupakan rakan kerjasama MMU.

Globally Renowned, Locally Rooted

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1699XX991G/

Files

Kunjungan MMU Ke UiTM (1).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (2).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (3).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (4).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (5).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (6).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (7).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (8).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (9).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (10).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (11).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (12).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (13).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (14).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (15).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (16).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (17).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (18).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (19).jpg
Kunjungan MMU Ke UiTM (20).jpg

Collection

Citation

“UiTM dan MMU : Memperkasa Jalinan Akademik dan Kerjasama Strategik Antara Dua Organisasi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 11, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1018.

Output Formats