Pembentangan Pelaporan Pencapaian Prestasi Suku KeEmpat Tahun 2024
Title

Description
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Pembentangan Pelaporan Pencapaian Prestasi Suku Keempat Tahun 2024.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM atas pencapaian Skor i-UiTM sebanyak 95.6% bagi suku keempat tahun 2024, mengatasi sasaran 85%.
UiTM turut mencatat kejayaan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 by Subject, dengan bidang Undang-Undang berada di kedudukan 301+ dunia. Selain itu, UiTM mengekalkan komitmen terhadap kelestarian dengan berada dalam 34.7% teratas QS World University Rankings: Sustainability 2025, meningkat 8% berbanding tahun sebelumnya, serta meraih kedudukan ke-151 di Asia.
Dalam bidang penyelidikan, UiTM berjaya menerbitkan 5,665 penerbitan berindeks (sebagai Corresponding Author) dalam WoS, Scopus, dan ERA, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai institusi akademik bertaraf global. Selain itu, budaya penerbitan terus berkembang dengan jumlah penerbitan berindeks, termasuk MyCite sebanyak 8,563, serta jumlah keseluruhan penerbitan (termasuk yang tidak berindeks) sebanyak 9,698.
UiTM juga menunjukkan peningkatan dalam UI GreenMetric World University Rankings 2024, meraih kedudukan ke-107 dunia dan ke-6 di Malaysia, dengan skor penuh dalam kategori Pengurusan Sisa serta Pendidikan dan Penyelidikan.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut mencipta sejarah dengan mencapai kedudukan ke-36 dunia dan pertama di Malaysia dalam Ranking Web of Repositories, mengukuhkan peranannya dalam penyebaran ilmu.
Tahniah juga kepada Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) atas penganugerahan Akreditasi AACSB (Association to Advance Collegiate Schools of Business) pada 14 Februari lalu. Kejayaan ini meletakkan AAGBS dalam kelompok 6% Elite Business Schools di seluruh dunia. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kejayaan UiTM di persada antarabangsa. Syabas!
Selain itu, UiTM menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menerima Silver Creator Award daripada YouTube, hasil kejayaan UiTM Channel mencapai lebih 100,000 langganan dan 21 juta tontonan.
Kami juga mengingatkan diri yang faqir ini serta seluruh warga UiTM agar tidak terjebak dalam “perlumbaan angka yang sia-sia dan melalaikan”. Kejayaan ini bukanlah matlamat akhir, tetapi wasilah untuk universiti keramat ini mencapai objektif utamanya dalam melahirkan usahawan Bumiputera profesional.
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat, dan pengaruh),"
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
"Sehingga kamu masuk ke dalam kubur."
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
"Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"
(Surah At-Takathur, Ayat 1-3)
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي، اڬام، بڠسا دان تانه اير
اوسها، تقوى، مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku ❤️

Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/15eUjsjViY/
Collection
Citation
“Pembentangan Pelaporan Pencapaian Prestasi Suku KeEmpat Tahun 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1021.