Kunjungan Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School ke UiTM

Title

Kunjungan Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School ke UiTM

Subject

Arshad Ayub Graduate Business School, AAGBS, Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School, AACSB International, Pendidikan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA

Description



Lewat petang menerima kunjungan Datin Sri Azlin Arshad, Pengerusi Pemegang Amanah YAAGBS dan ahli yang lain serta Prof. Dr. Norzanah, Dekan AAGBS.

Ramai yang tidak menyedari AAGBS telah memperoleh akreditasi daripada AACSB International untuk tempoh 2025–2030. Pencapaian ini meletakkan AAGBS dalam kelompok 6% sekolah perniagaan terbaik dunia yang memiliki akreditasi AACSB.

Akreditasi ini adalah antara penanda aras tertinggi bagi sekolah perniagaan di dunia dan diberikan selepas penilaian menyeluruh terhadap kualiti pengajaran, penyelidikan, kurikulum, fakulti dan impak kepada pelajar.

Membincang perancangan dan hala tuju Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School (YAAGBS) dalam memperkasa bantuan kepada pelajar serta pembangunan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran di Arshad Ayub Graduate Business School bagi melonjakkan lagi AAGBS ke persada dunia InsyaAllah.

Turut hadir, Prof. Dr. Tan Peck Leong, Prof. Madya Dr. Mior Harris, Dr. Amina Josetta dan Puan Hanizan.

Mengabadikan jasa, aspirasi serta perjuangan Alhmarhum Tun Arshad Ayub, semoga Allah ampuni arwah dan tempatkan beliau dikalangan hamba yang soleh, amin.


Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan kunjungan Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School (YAAGBS) ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), perbincangan mengenai hala tuju yayasan, pembangunan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), serta pengiktirafan akreditasi AACSB International bagi tempoh 2025–2030.

Format

Digital Text, JPEG Image, PNG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Courtesy Visit, Strategic Discussion

Coverage

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EBY4FRo9r/

Files

Kunjungan AAGBS Ke UiTM (1).png
Kunjungan AAGBS Ke UiTM (1).jpg
Kunjungan AAGBS Ke UiTM (2).jpg
Kunjungan AAGBS Ke UiTM (3).jpg
Kunjungan AAGBS Ke UiTM (4).jpg
Kunjungan AAGBS Ke UiTM (5).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Yayasan Arshad Ayub Graduate Business School ke UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed August 4, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2220.

Output Formats

Geolocation