Meet & Greet Session Bagi Pelajar UiTM Yang Terpilih Untuk Mengikuti Program The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Programme (SSEAYP).
Title
Subject
Description

Petang 24 Disember 2025 telah berlangsung sesi Meet & Greet menerima kunjungan anakanda Muhammad Azri bin Abdul Aziz daripada Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, yang terpilih untuk mengikuti The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Programme (SSEAYP).
Beliau akan berlepas ke Jepun bagi mengikuti program belia dan seterusnya menyertai pelayaran dari Jepun ke Singapura serta Thailand. Tahniah diucapkan kepada anakanda Azri kerana berjaya dipilih daripada ratusan pemohon.
Turut hadir pegawai pengiring daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang juga merupakan Alumni UiTM. Sesi ini turut dimanfaatkan dengan penyampaian pelbagai pesanan agar menjunjung jati diri anak Melayu yang membawa bendera UiTM dan Malaysia, memaparkan pesona anak Melayu Islam Beraja serta menjaga agama, adab, akhlak, budi bahasa, akal budi dan hati budi.