Sesi Bersama Pro-Canselor Baharu Universiti Teknologi MARA
Title
Subject
Description

Sepagian Rabu, 24 Disember 2025, berlangsung sesi bersama Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh, yang pelantikannya berkuat kuasa pada 19 November 2025 setelah mendapat perkenan Tuanku Canselor atas nasihat YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Selain sesi beramah mesra dan berkenalan lebih dekat bersama ahli Majlis Eksekutif Universiti (MEU), kesempatan ini turut dimanfaatkan dengan penyampaian taklimat berkaitan UiTM kepada Tan Sri. Walaupun peranan Pro-Canselor bersifat cerimonial, pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan dan pendidikan tinggi amat dihargai.
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Tan Sri atas cadangan dan pandangan yang diberikan demi masa depan UiTM yang lebih lestari dan unggul, dengan penekanan kepada jiwa keusahawanan melalui Entrepreneurship Spirit: kreatif, proaktif dan agresif.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM2030
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️