Penyerahan Surat Lantikan Wakil Pelajar ke Senat UiTM

Title

Penyerahan Surat Lantikan Wakil Pelajar ke Senat UiTM

Subject

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Senat Universiti, Wakil Pelajar, Tadbir Urus Universiti

Description


Lewat petang semalam telah berlangsung sesi penyerahan surat lantikan sebagai Ahli Senat Turut Hadir kepada Yang Dipertua (YDP) dan Naib Yang Dipertua (Naib YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), diikuti dengan sesi menandatangani Waad Integriti, Tanggungjawab dan Kerahsiaan sebagai wakil pelajar ke Senat Universiti.

Dalam sesi tersebut, peringatan turut disampaikan berkaitan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam mewakili suara hampir 200,000 mahasiswa seluruh sistem UiTM ke Senat. Inilah Suara Mahasiswa UiTM yang sah, dan segala permasalahan disalurkan melalui wakil yang dilantik secara rasmi, mencerminkan keunikan UiTM dalam melantik MPP sebagai ahli Senat.

Tahniah diucapkan kepada anakanda Mohamad Adib Hazim bin Mohamad Razali, Yang Dipertua MPP, pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal, serta anakanda Ajwad Syakirin bin Mohd Asri, Naib Yang Dipertua MPP, pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Sesi turut merangkumi pembacaan Waad serta penjelasan implikasi pelanggaran kerahsiaan, selaras dengan pepatah “biar pecah di perut, jangan pecah di mulut”.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Pelatikan Wakil Pelajar Ke Senat UiTM

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Official Appointment

Coverage

Universiti Teknologi MARA UiTM, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DeV6VXYuF/

Files

Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (1).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (2).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (3).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (4).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (5).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (6).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (7).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (8).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (9).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (10).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (11).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (12).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (13).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (14).jpg
Serahan Surat Pelantikan Wakil MPP ke Senat UiTM (15).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Penyerahan Surat Lantikan Wakil Pelajar ke Senat UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1866.

Output Formats