Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44
Title
Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44
Subject
Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES, Pegawai Kadet PALAPES, PALAPES Universiti Awam, PALAPES UA Ke-44, Universiti Malaysia Perlis, UniMAP, Pegawai Muda, Rejimen Askar Wataniah, PSSTLDM, PSSTUDM, UiTM, Pegawai Muda UiTM
Description

Pagi Sabtu 12 September 2026, menghadiri Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Ke-44 bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Istiadat Pentauliahan Diraja yang
merupakan acara kemuncak bagi Pegawai Kadet PALAPES UA, seramai 1,887 orang yang telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah, PSSTLDM dan PSSTUDM.
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat, menjunjung kasih Tuanku.
Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam 2026 telah bermula dari 24 Ogos 2026 sehingga 12 September 2026 (20 hari). Seramai 230 pegawai muda UiTM telah menerima tauliah terdiri daripada:
181 pegawai muda Tentera Darat
32 pegawai muda Tentera Laut dan
17 pegawai muda Tentera Udara.
Tahniah kepada pegawai terbaik keseluruhan Darat, Lt M Muhammad Ikmal Danial bin Abu Kassim, pegawai terbaik keseluruhan Laut, Lt M Syed Muhammad Ali bin Syd Abdul Rahman dan pegawai terbaik keseluruhan Udara,Lt M Muhammad Zaki bin Omar,
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah kepada semua Pegawai Muda!
Sempat menyantuni ayah dan ibu pegawai terbaik keseluruhan Darat dan juga sahabat kami VC UPM, sama-sama memulakan kerjaya di USM Kampus Cawangan Perak tahun 90’an dulu yang akan bersara beberapa hari sahaja lagi, Selamat bersara Datuk Farhan.
Turut hadir kepimpinan tertinggi ATM, KSU KPT, KPPT dan Naib-Naib Canselor, masing-masing selaku Komandan Palapes.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan kehadiran ke Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Ke-44 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 12 September 2026
Format
Digital Text, JPEG / PNG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Royal Commissioning Ceremony, PALAPES, Reserve Officer Commissioning Ceremony Update
Coverage
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1FfeMyBMGM/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2375.