Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026

Title

Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026

Subject

Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026, KOPA 2026, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Reformasi Perkhidmatan Awam, Malaysia MADANI, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, Kolaborasi Nasional Tanpa Sempadan, Model Penilaian Kredibiliti Strategik Institusi, MPKSI

Description

Alhamdulillah pada 9-10 September 2026 lalu, telah berlangsung Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026, anjuran UiTM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), INTAN serta rakan industri, menumpukan kepada reformasi menyeluruh perkhidmatan awam selain memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata reformasi menyeluruh ini termasuk kesediaan untuk melakukan perubahan terhadap peraturan dan sistem sedia ada, katanya di Majlis Perasmian KOPA 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

KOPA 2026 menyediakan pelbagai forum dan sesi perkongsian yang menampilkan penceramah daripada pelbagai sektor.
Penganjuran konvensyen yang julung kali ini menjadi platform membincangkan agenda reformasi perkhidmatan awam secara lebih berfokus, inklusif dan berimpak, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan prinsip H.E.M.A.T.

Alhamdulillah kami juga telah menyampaikan ucapan Planeri bertajuk Kolaborasi Nasional Tanpa Sempadan: Menghapuskan Silo, Memacu Impak, mengambil peluang juga berkongsi pengalaman lebih 3 dekad dalam membangunkan pelbagai sistem dan menjadi perunding kepada pembangunan sistem dari zaman pengkomputeran hingga ke penggunaan AI dan Predictive Analytics.

Direzekikan juga Kertas kerja bertajuk Model Penilaian Kredibiliti Strategik Institusi (MPKSI) dari Pejabat kami telah terpilih untuk pemenang kertas kerja terbaik Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026. Tahniah Dr Sai, Dr Nini dan team atas pengiktirafan kepada usaha yang dijalankan, Alhamdulillah.
Walk the talk!

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan penganjuran Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Format

Digital Text,JPEG/PNG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Public Service Convention Update

Coverage

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Y7sMw4SxD/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Konvensyen Perkhidmatan Awam (KOPA) 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2374.

Output Formats