Salam Jumaat: Trust Architecture dan Kepercayaan kepada Allah

Title

Salam Jumaat: Trust Architecture dan Kepercayaan kepada Allah

Subject

Salam Jumaat, Trust Architecture, Seni Bina Kepercayaan, Man to Man, Man to Machine, Machine to Machine, Machine to Man, Man to God, Kepercayaan kepada Allah, الثقة بالله, Kerohanian,Kepercayaan 

Description

Salam Jumaat,
Dalam Penyampaian sidang Pleno di Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 baru-baru ini kami bercakap tentang Trust Arhitecture, Man to Man, Man to Machine, Machine to Machine juga Machine to Man… tetapi dalam menjalani kehidupan ini ada satu lagi Trust yang sangat asas iaitu Man to God. Trust in God, Kepercayaan Kepada Allah (الثقة بالله).

Trust Architecture (Seni Bina Kepercayaan) mesti di bina dari dimensi kerohanian, maka hubungan Manusia dengan Allah merupakan lapisan kepercayaan yang paling asas dan tertinggi dalam perspektif Islam.
Trust, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan makhluk, dengan ingatan mesin juga makhluk.

Ia bukan bermaksud Allah perlu “mendapatkan” kepercayaan manusia. Sebaliknya, Allah Maha Dipercayai, manakala manusia membina keyakinan, keimanan dan pergantungan kepada Allah melalui iman, takwa, tawakal dan yakin.

Trust in Allah, Kepercayaan kepada Allah (الثقة بالله) membawa maksud, Iman, tawakkal, taqwa, yakin redha dan doa dengan hanya bergantung harap kepada Allah jua.
1. Iman (إيمان) — Kepercayaan dan keyakinan
Beriman kepada Allah, sifat-sifat-Nya, janji-Nya, ketetapan-Nya dan segala yang disampaikan melalui wahyu.
2. Tawakal (توكل) — Berserah dan bergantung kepada Allah
Tawakal bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dengan mengambil sebab dan ikhtiar, kemudian menyerahkan hasil akhirnya kepada Allah.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
“Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.”
(Surah Āli ‘Imrān, 3:159)
Tawakal bukan bermaksud pasif atau tidak berusaha. Prinsipnya asas ialah, Usaha dan Ikhtiar disusuli Doa dan Tawakal, itulah kebergantungan kepada Allah.

3. Takwa (تقوى) — Kesedaran terhadap Allah
Kepercayaan kepada Allah diterjemahkan melalui kehidupan yang patuh kepada perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan sentiasa menyedari bahawa manusia bertanggungjawab kepada Allah.

4. Yakin (يقين) — Keyakinan yang teguh
Mempunyai keyakinan bahawa ilmu, hikmah, janji dan ketentuan Allah adalah benar, walaupun manusia belum memahami atau melihat hasilnya.

5. Reda (رضا) — Menerima ketentuan Allah
Menerima ketentuan Allah dengan hati yang tenang, sambil terus berusaha melakukan perkara yang baik dan benar.
6. Doa (دعاء) — Pergantungan harap kepada Allah
Doa merupakan pengakuan bahawa manusia mempunyai keterbatasan dan memerlukan pertolongan Allah.

Trust in Allah maka akan terbit Trust in Man, dengan ikhtiarnya, Trust in Technology, yang semuanya menjadi Accountability to Allah, amanah dan tanggungjawab.
Maka atas Trust lah iaitu dengan iman dan takwa secara kolektif dalam sesebuah komuniti, pasti Allah akan melimpahkan keberkatan dari langit dan bumi, oleh itu yakinlah kita kepada Allah, Semoga Allah turunkan keberkatan kepada seluruh UiTM dan negara tercinta, aminn

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
(Al Al-A‘raf 7:96)

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan perkongsian refleksi sempena Salam Jumaat mengenai konsep Trust Architecture dan kepentingan hubungan manusia dengan Allah

Format

Digital Text, PNG Image

Language

Malay, (Arabic (Quran Verses)

Type

Social Media Posting (Facebook)

Coverage

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19WpHsFLDM/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Salam Jumaat: Trust Architecture dan Kepercayaan kepada Allah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2373.

Output Formats