Perkongsian Jumaat Terakhir Sya’ban: Taqwa, Ihsan dan Ikhlas Menyambut Ramadan

Title

Perkongsian Jumaat Terakhir Sya’ban: Taqwa, Ihsan dan Ikhlas Menyambut Ramadan

Subject

Perkongsian kerohanian bersama warga Pejabat Canselori UiTM sempena persediaan Ramadan

Description



Selesai solat Jumaat semalam, menyantuni warga Pejabat Canselori, Jumaat terakhir Sya’ban dalam persediaan menyambut Ramadan.

Alhamdulillah direzekikan membuat sedikit perkongsian dari diri yang fakir, mengingatkan diri yang lebih utama, membicara dan mencari makna antara Taqwa, Ihsan dan Ikhlas… tanyalah diri, apa itu Taqwa, apa itu Ihsan dan apa itu Ikhlas? Adakah kita tergolong ke dalamnya?

Pentingnya mengenali dan memaknai Taqwa yang terhasil daripada puasa Ramadan. Mana mungkin mencari sesuatu yang kita tidak kenal, memperoleh sesuatu sedangkan kita tidak kenal pun apa yang perlu diperoleh itu.

‎‫يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ‬
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)

Matlamat utama puasa ialah Taqwa, iaitulah membina disiplin rohani dan kawalan diri. Sayidina Ali RA berkata: “Taqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan, reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Maka gandingan antara puasa, Taqwa, Ramadan dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.

‎‫شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ‬
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah: 185)

Ramadan bukan hanya bulan lapar dan dahaga, tetapi bulan turunnya al-Quran yang bukan sekadar dibaca untuk dikhatamkan, tetapi harus menjadi petunjuk dan panduan untuk membezakan yang benar dan yang salah. Petunjuk itu hanya diperoleh oleh jiwa yang Taqwa, Ihsan dan Ikhlas.

Tahu wujudnya Ihsan apabila wujudnya Allah dalam jiwa dengan yakin bahawa segalanya dalam penglihatan dan ilmu Allah jua.

قَالَ جِبْرِيلُ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِحْسَانِ.
قَالَ:
أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

Daripada Umar bin al-Khattab RA, Jibril berkata:
“Beritahulah aku tentang Ihsan.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.”
(Sahih Muslim 8; Sahih Bukhari 50)

Dari Ihsan itulah wujudnya Ikhlas, membuat setiap sesuatu hanya kerana Allah, bukan kerana makhluk. Wujudnya Taqwa hasil daripada puasa yang menjadi perisai daripada melakukan perkara mungkar.

الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa itu perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan bertengkar. Jika dicela atau diajak bergaduh, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’”
(Sahih Bukhari 1894; Sahih Muslim 1151)

Perisai itulah menjadi benteng penghalang kita daripada melakukan perkara lagha, alpa dan mungkar. Taqwa menjadi pendorong untuk melakukan kebaikan, memberi khidmat dan manfaat kepada semua makhluk.

Dengan syaitan dibelenggu, musuh utama yang perlu dibendung dan ditundukkan sebenarnya ialah yang mendiami dalam diri. Maka berlindunglah daripadanya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap makhluk yang melata yang Engkau memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. (Doa Abu Darda’)

Tunduknya nafsu dengan Ihsan dan Taqwa, maka terbitlah Ikhlas, membuat sesuatu bukan kerana yang lain daripada Allah. Kepada Allah dipanjat segala hajat dan pertolongan, dan hanya kepada Allah jua satu-satunya tempat bergantung. Meyakini mutlak rezeki itu daripada Allah jua, perantara makhluk hanya asbab dan penyebab daripada apa yang diusahakan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (Al-Fatihah: 5)

اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (Al-Ikhlas: 2)

Jiwa yang diasuh dan dididik dengan Ihsan, Ikhlas dan Taqwa lahir daripada madrasah Ramadan. Insya-Allah akan terus subur walaupun di luar Ramadan, menjadi jiwa muttaqin, mukhlisin dan muhsinin. Allah pasti bersama dengan orang yang bertakwa dan orang yang berbuat ihsan.

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat ihsan.”
(An-Nahl: 128)

Semoga dengan Ihsan itu kita beroleh rahmat Allah hendaknya.

إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat dengan orang-orang yang berbuat ihsan.”
(Al-A‘raf: 56)

Semoga dengan Taqwa itu, Allah atas rahmat-Nya memberi kita sebaik-baik ganjaran, jannah syurga seluas langit dan bumi.

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Ali ‘Imran: 133)

Maka tepatlah Taqwa menjadi tunggak utama cogan UiTM, Usaha, Taqwa, Mulia.

Semoga Allah menemukan kita Ramadan tahun ini dan merezekikan kita mendekatkan diri dengan maqam muttaqin, mukhlisin dan muhsinin, amin.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM2030
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Perkongsian kerohanian sempena persediaan Ramadan di Pejabat Canselori UiTM

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook)

Coverage

Pejabat Canseleri, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1RzxUnChix/

Files

Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (1).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (2).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (3).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (4).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (5).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (6).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (7).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (8).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (9).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (10).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (11).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (12).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (13).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (14).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (15).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (16).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (17).jpg
Perkongsian Sempena Hari Jumaat Terakhir Bulan Syaaban 2026 bersama Kakitangan Pejabat Canseleri  (18).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Jumaat Terakhir Sya’ban: Taqwa, Ihsan dan Ikhlas Menyambut Ramadan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1953.

Output Formats