Pelantikan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM
Title
Subject
Description

Terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir atas lantikan dan telah menyaksikan sesi penyerahan watikah pelantikan kepada Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman di Kementerian Pendidikan Tinggi semalam.
Tahniah kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) dengan pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Pegawai Digital dan pengalaman pentadbiran yang luas. Insya-Allah mampu membina ekosistem jaringan yang lebih efisien demi memacu UiTM menjadi Universiti Unggul.
Pendekatan digital yang bakal dibawa oleh beliau dijangka dapat membuka akses yang lebih luas kepada peluang keusahawanan dan penglibatan alumni dalam pembangunan universiti secara lebih sistematik.
Sinergi antara universiti dan industri ini adalah kritikal bagi memastikan graduan yang dihasilkan relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa serta mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.
Terima kasih juga kepada Profesor Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang telah melaksanakan fungsi Timbalan Naib Canselor ICAN sehingga lantikan baharu dibuat. Terima kasih Profesor Yamin, semoga terus cemerlang sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.
Awal pagi tadi, sempat menyerahkan surat tahniah kepada Timbalan Naib Canselor ICAN untuk lantikan dua tahun yang akan berkuat kuasa pada 16 Februari 2026. Tahniah Profesor Juliana.
Creator
Date
Relation
Format
Language
Type
Coverage
Universiti Teknologi MARA UiTM, Malaysia