Perkongsian Hantaran : Lawatan Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam: Tinjauan Projek Strategik Rancangan Malaysia Ke-13
Title
Perkongsian Hantaran : Lawatan Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam: Tinjauan Projek Strategik Rancangan Malaysia Ke-13
Subject
Lawatan Kementerian Pendidikan Tinggi, Projek Strategik Rancangan Malaysia Ke-13, Ekosistem Pembelajaran dan Pembangunan Infrastruktur Universiti Teknologi MARA
Description

KPT TINJAU PROJEK STRATEGIK RMKe-13 PERKUKUH EKOSISTEM PEMBELAJARAN UiTM SHAH ALAM
24 April 2026 | Shah Alam, Selangor
Usaha memperkukuh kualiti pendidikan tinggi negara terus diperkasa melalui pelaksanaan projek pembangunan strategik yang menyokong keperluan pembelajaran dan industri semasa.
Dalam konteks tersebut, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan bersama pegawai kanan Bahagian Pembangunan KPT sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap projek-projek pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Antara fokus utama lawatan adalah projek penggantian serta perolehan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih moden dan terkini bagi memastikan penyampaian ilmu selari dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa.
Selain itu, projek naik taraf kolej kediaman turut diberi perhatian sebagai langkah meningkatkan kesejahteraan mahasiswa serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen KPT dalam memastikan IPTA dilengkapi dengan kemudahan berkualiti tinggi, seterusnya menyokong pembangunan modal insan yang holistik dan berdaya saing.
Pendekatan pemantauan lapangan itu juga membolehkan KPT menilai keberkesanan pelaksanaan projek serta memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan mahasiswa dan institusi.
Turut hadir Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Sr Dr. Md Yusof Hamid; Bendahari UiTM, Junita Jamaludin; Ketua Pegawai Digital UiTM, Prof. Ir. Ts. Dr. Juliana Johari; dan Pengarah Pembangunan UiTM, Ir. Ts. Azman Saubiran.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi
Date
Relation
Perkongsian hantaran rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi mengenai lawatan kerja ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam bagi projek Rancangan Malaysia Ke-13
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Official Visit Update
Coverage
Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam, Selangor
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/19jHXWLVs9/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Lawatan Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam: Tinjauan Projek Strategik Rancangan Malaysia Ke-13,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2072.