Kunjungan NAHRIM ke UiTM: Perbincangan Penyelidikan Air dan Isu Tadbir Urus Sumber Air Negara

Title

Kunjungan NAHRIM ke UiTM: Perbincangan Penyelidikan Air dan Isu Tadbir Urus Sumber Air Negara

Subject

Kunjungan NAHRIM, Perbincangan Penyelidikan Air, Isu Banjir Selangor dan Keperluan Kanun Air Negara

Description


Alhamdulillah, semalam menerima kunjungan NAHRIM National Water Research Institute of Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang memfokus kepada kajian berkaitan air dan alam sekitar. Ia ditubuhkan pada tahun 1993 dan berfungsi sebagai pusat rujukan nasional dalam bidang air.

Rombongan diketuai sahabat kami, Ketua Pengarah NAHRIM, Dato’ Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya, bersama team pengurusan NAHRIM.

UiTM diwakili Prof CK, Dekan FKA, bersama Timbalan Dekan dan pengurusan fakulti, serta ketua pakar Prof. Dr. Wardah Tahir.

Banyak perkara dibincangkan, khususnya berkaitan penyelidikan air. Lebih 10 perkara telah dikenal pasti hasil perbincangan tersebut, termasuk keperluan menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor bagi menyembah taklimat tentang penyelesaian masalah banjir di Selangor.

Kami turut membincangkan kewujudan Kanun Tanah Negara (National Land Code 1965), namun ketiadaan Kanun Air Negara yang dapat menggabungkan pelbagai perundangan berkaitan air.

Hal ini kerana air merupakan bidang kuasa negeri-negeri, walhal keselamatan air amat penting kerana airlah punca segala kehidupan.

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiya’: 30)

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Program Executive Engagement Session 2026 melibatkan Lembaga Pengarah Universiti dan Majlis Eksekutif Universiti

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic ( Quran Verses, Jawi script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Official Visit Update

Coverage

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1H4UHfnNKh/

Files

Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (1).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (2).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (3).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (4).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (5).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (6).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (7).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (8).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (9).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (10).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (11).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (12).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (13).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (14).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (15).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (16).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (17).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (18).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (19).jpg
Kunjungan NAHRIM Ke UiTM (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan NAHRIM ke UiTM: Perbincangan Penyelidikan Air dan Isu Tadbir Urus Sumber Air Negara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2067.

Output Formats