Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam bagi Tinjauan Projek Rancangan Malaysia Ke-13
Title

Subject
Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Tinggi, Projek Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13, Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran serta Infrastruktur Universiti
Description
Terima kasih kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan bersama pegawai kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hari ini sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap projek-projek pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Ia adalah dalam kerangka usaha memperkukuh kualiti pendidikan tinggi negara yang terus diperkasa melalui pelaksanaan projek pembangunan strategik yang menyokong keperluan pembelajaran dan industri semasa.
Antara fokus utama lawatan adalah projek penggantian serta perolehan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih moden dan terkini bagi memastikan penyampaian ilmu selari dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa.
Sebelum lawatan, satu sesi taklimat telah diadakan bagi menerangkan kemajuan setiap projek. Alhamdulillah, Datuk Timbalan Ketua Setiausaha telah menunaikan solat Jumaat di Masjid UiTM, setelah itu memulakan lawatan.
Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha melihat sendiri bagaimana peralatan berusia 30 tahun yang menggunakan sistem Windows 95 dan Windows XP masih digunakan dalam PdP di UiTM. Peralatan theodolite juga perlu diganti kerana telah terlalu lama dan tidak pernah diganti. Peralatan studio dan MCP Mass Communication yang masih menggunakan sistem analog sangat memerlukan penggantian peralatan. Mesin CNC yang menunggu proses pelupusan turut dikenal pasti.
Selain itu, projek naik taraf kolej kediaman turut diberi perhatian sebagai langkah meningkatkan kesejahteraan mahasiswa serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Universiti Teknologi MARA dengan dokongan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memastikan universiti dilengkapi dengan kemudahan berkualiti tinggi, seterusnya menyokong pembangunan modal insan yang holistik dan berdaya saing.
Pendekatan pemantauan lapangan itu juga membolehkan Kementerian Pendidikan Tinggi menilai keberkesanan pelaksanaan projek serta memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan mahasiswa dan institusi.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Ts. Sr. Doktor Md Yusof Hamid; Bendahari Universiti Teknologi MARA, Junita Jamaludin; Ketua Pegawai Digital Universiti Teknologi MARA, Profesor Ir. Ts. Doktor Juliana Johari; dan Pengarah Pembangunan Universiti Teknologi MARA, Ir. Ts. Azman Saubiran. Terima kasih kepada semua dekan, pengarah, pensyarah, penyelidik, penolong jurutera, pegawai sains dan semua yang terlibat dalam menjayakan program lawatan hari ini.
Terima kasih Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha dan Setiausaha Bahagian Pembangunan kerana meluangkan masa seharian di Universiti Teknologi MARA dan melihat dari dekat keperluan universiti yang telah sekian lama memerlukan peruntukan penggantian peralatan dan naik taraf. Semoga direzekikan yang terbaik, insya-Allah.
Zambry Abd. Kadir
Kementerian Pendidikan Tinggi
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Lawatan kerja Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam bagi pemantauan projek Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13
Format
Digital Text, JPEGb Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Official Visit Update
Coverage
Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam, Selangor
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1P82BiLmeP/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Tinggi ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam bagi Tinjauan Projek Rancangan Malaysia Ke-13,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2073.