Menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-15 Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025
Title
Menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-15 Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025
Subject
Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025, Motivasi Pendidikan dan Penglibatan Komuniti Sekolah
Description

Lama juga sudah tidak merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Alhamdulillah, pagi tadi berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, Melaka, merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-15 dan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.
Terima kasih Puan Hajah Zoliana binti Beran, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu dan Encik Khairulnizam bin Anuar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru atas jemputan ke Teluk Mas pagi tadi.
Sempat mengucapkan tahniah dan menyampaikan kata semangat kepada pelajar yang berjaya serta memberi kata perangsang kepada ibu bapa dan guru untuk meneruskan perjuangan ilmu demi masa depan anak-anak.
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ،
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ،
وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
“Barang siapa yang menghendaki dunia, maka hendaklah dengan ilmu.
Barang siapa yang menghendaki akhirat, maka hendaklah dengan ilmu.
Dan barang siapa yang menghendaki kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu.”
(Kata Hikmah)
Berkongsi falsafah Universiti Teknologi MARA, iaitu “Kita percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan, pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara.”
Menekankan juga pentingnya mengenal pasti bakat dan kecenderungan anak-anak supaya bidang yang diceburi adalah bidang yang diminati dan pelajar mempunyai kekuatan. Berkongsi kaedah mudah pemprofilan dengan ibu bapa khususnya dan mengingatkan guru yang biasanya sudah terlatih dalam ilmu ini.
Turut hadir sahabat kami, Datuk Dr. Baba Md Deni, wakil Jabatan Pendidikan Negeri, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, guru-guru, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, ibu bapa dan anak-anak diraikan.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-15 dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Hadith Verses & Jawi Script)
Type
Social Media Posting (Facebook), Community Engagement Update
Coverage
Sekolah Menengah Pernu, Melaka, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/14YEU7sZoPC/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-15 Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2074.