Lawatan ke Far Eastern Maritime Training Center di Admiral Nevelskoy Maritime State University
Title
Lawatan ke Far Eastern Maritime Training Center di Admiral Nevelskoy Maritime State University
Subject
Far Eastern Maritime Training Center, Admiral Nevelskoy Maritime State University, ANMSU, Pendidikan Maritim, Latihan Maritim, Simulasi Maritim, Persijilan Maritim, Penyelidikan Marin, Kerjasama Malaysia-Rusia, JC-ESTC Ke-5
Description

Pagi tadi bersama rombongan YBM KPT melawat Far Eastern Maritime Training Center, sebuah pusat latihan moden yang menggabungkan pembelajaran dengan latihan praktikal berasaskan simulasi di bawah Admiral Nevelskoy Maritime State University (ANMSU).
Meninjau simulator anjungan kapal 360 darjah pelbagai jenis, simulator bilik enjin, sistem navigasi dan komunikasi, serta kemudahan latihan keselamatan dan kelangsungan hidup di laut. Kemudahan ini membolehkan pelajar dan tenaga profesional berlatih dan dianugerahkan pensijilan piawaian bagi menghadapi situasi sebenar di laut dalam persekitaran yang terkawal.
Pendekatan simulasi keadaan sebenar penting untuk pendidikan maritim yang dibangunkan dengan penekanan kepada kemahiran praktikal, teknologi dan keperluan industri.
InsyaAllah, pendedahan ini bakal membuka ruang kerjasama yang boleh memberikan manfaat kepada institusi dan pelajar kedua-dua negara. JPT akan menyelaras semua institusi yang menjalankan penyelidikan, pendidikan dan pensijilan berkaitan maritim dan marin untuk memaksimumkan ruang kerjasama
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaiatan Berkaitan dengan lawatan rombongan Malaysia ke Far Eastern Maritime Training Center di bawah Admiral Nevelskoy Maritime State University (ANMSU)
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), Official Visit Update
Coverage
The Far Eastern Maritime Training Center (FEMTC), Vladivostok, Russian Federation
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/19X4gnRZHC/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Lawatan ke Far Eastern Maritime Training Center di Admiral Nevelskoy Maritime State University,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2328.