Perkongsian Hantaran : Keprihatinan UiTM Membantu Pelajar Yang Memerlukan

Title

Perkongsian Hantaran : Keprihatinan UiTM Membantu Pelajar Yang Memerlukan

Subject

Berkaitan Perkongsian Hantaran Daripada Facebook Page Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Description

Perkongsian Hantaran Semula : "UITM Prihatin" ________________________________________________________________________________________________________________



PROGRAM ZIARAH KASIH : PERIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR BAHARU

15 Jun 2026 – Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan UiTM terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar baharu yang bakal mendaftar bagi sesi September 2026.

Melalui program ini, sumbangan telah disampaikan bagi pihak UiTM dan Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Yayasan Perkasa Siswa kepada pelajar yang memerlukan sebagai usaha membantu meringankan beban persiapan menjelang pendaftaran ke universiti.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bersama YBrs. Encik Hirman Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam sesi ziarah yang turut memberi ruang kepada pihak universiti untuk mendekati pelajar dan keluarga mereka.

Turut hadir sama, Encik Asyraf Radzwan, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri, Kementerian Pendidikan Tinggi serta Encik Mohd Rizal Nordin, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam memastikan akses pendidikan tinggi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, di samping memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa yang sentiasa menjadi keutamaan universiti.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan penghantaran semula daripada halaman Facebook Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam mengenai pelaksanaan program Ziarah Kasih 2.0 untuk menyantuni pelajar baru di UiTM yang memerlukan.

Format

Digital Text, JPEG Image, PNG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), CSR Visit Programme Update

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18JMQk1kML/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Keprihatinan UiTM Membantu Pelajar Yang Memerlukan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2204.

Output Formats