Menghadiri Persidangan Badan Berkanun Malaysia 2026 Di Putrajaya
Title
Menghadiri Persidangan Badan Berkanun Malaysia 2026 Di Putrajaya
Subject
Persidangan Badan Berkanun Malysia 2026, Badan Berkanun Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. UiTM, Putrajaya
Description

Alhamdulillah semalam bertempat di Putrajaya, selesai Persidangan Badan Berkanun Malaysia 2026 yang bertemakan “Badan Berkanun dan Aspirasi Negara: Mencorak Masa Depan”.
Dengan 101 ahli dari Badan Berkanun Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, PBBM telah bergerak selama 42 tahun dan Alhamdulillah UiTM telah diamanahkan untuk menjadi Yang Dipertua untuk dua penggal.
Selain dari aktiviti sukan, latihan dan kebajikan, persidangan ini membuka lembaran dengan tujuan:
1. Menilai peranan strategik badan-badan berkanun dalam lanskap pembangunan negara.
2. Membincangkan isu-isu semasa, cabaran, serta keperluan penambahbaikan dasar dan halatuju badan-badan berkanun.
3. Mengupas strategi memperkukuh tadbir urus, kecekapan organisasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam melalui agenda pendigitalan.
4. Menyediakan platform wacana bersama antara agensi pusat, badan berkanun dan pihak berkepentingan lain.
Terima kasih kepada semua AJKT PBBM, MPOB, MARA dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan persidangan.
Kehadiran dan ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital / Mantan Pengerusi CIMB telah membuka gelanggang secara tulus dan telus, mencorak persidangan memfokus isu sebenar dan penyelesaian demi masa depan negara.
Terima Kasih YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang mewakili Tan Sri KSN sudi merasmikan Persidangan.
Alhamdulillah sebagai tuan rumah, kami turut menyumbang saran dalam Forum yang membincangkan Transformasi Badan Berkanun: Tadbir Urus, Autonomi & Kelestarian.
Terima kasih kepada semua ahli panel yang telah berkongsi pengalaman dan buah fikiran demi kebaikan bersama.
Terima kasih kepada semua ahli panel yang telah berkongsi pengalaman dan buah fikiran demi kebaikan bersama.
Terima kasih juga kepada para peserta yang kekal bersama hingga ke akhir persidangan, memperlihatkan komitmen warga Badan Berkanun yang menjadi agensi pengawalselia dan penyampaian utama Kerajaan.
Sempat juga menyampai pin Alumni kepada YBrs. En. Aznul Affendi bin Hasan Basri, Alumni NCUK UiTM dan YBrs. En. Ahmad Yusri Mohamed, Ketua
Pegawai Digital, Johor Corporation (JCorp), MUCIA/IU9 KPP UiTM, kedua-duanya ahli panel Forum.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Berkaitan Hantaran Pemakluman Kehadiran Naib Canselor UiTM ke Majlis Perasmian Persidangan Badan Berkanun 2026 Bertempat Di Putrajaya, Malaysia
Format
Digital Text, JPEG Image, PNG Image
Language
Malay, English, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Event Update
Coverage
DoubleTree by Hilton, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18jfjD2Gkn/
Collection
Citation
Official Facebook page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Persidangan Badan Berkanun Malaysia 2026 Di Putrajaya,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed August 5, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2205.