Perkongsian Hantaran : Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah I Catat Sejarah dengan Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Title

Perkongsian Hantaran : Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah I Catat Sejarah dengan Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Subject

Karnival Pendidikan Tinggi, JMU 2026, Malaysia Book of Records, Pendidikan Tinggi Maya, Universiti Teknologi MARA

Description



Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah I telah berlangsung secara maya dan melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Karnival Pendidikan Tinggi Maya Terbesar".

Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan kejayaan signifikan dalam memperluaskan akses maklumat pendidikan tinggi secara menyeluruh dan memperkukuh peranan platform digital sebagai medium penting penyampaian informasi kepada masyarakat. Karnival berlangsung pada 16 hingga 17 Mac 2026, menghimpunkan penyertaan semua Universiti Awam (UA) serta pelbagai agensi pendidikan tinggi dari seluruh negara. Universiti Teknologi MARA (UiTM) diberi kepercayaan sebagai tuan rumah, memainkan peranan utama dalam kejayaan penganjuran berskala besar ini.

Sebanyak 386 reruai maya direkodkan sepanjang karnival, melepasi sasaran asal sebanyak 240 reruai maya. Pencapaian ini menunjukkan komitmen padu semua institusi dan agensi dalam memastikan aspirasi memperkasa akses pendidikan tinggi negara direalisasikan dengan berkesan.

Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu bagi penganjuran karnival pendidikan tinggi secara maya di Malaysia, memperlihatkan keupayaan institusi pendidikan tinggi negara untuk terus berinovasi dalam menghadapi perubahan landskap pendidikan semasa.

Pengiktirafan ini diharapkan menjadi pemangkin usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem penyampaian maklumat pendidikan tinggi yang inklusif, responsif dan berimpak tinggi demi manfaat pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

Sumber utama: RTM.govMY

@topfans

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Web Portal: Berita RTM

Date

Relation

Perkongsian semula berita rasmi JMU 2026 Zon Tengah I oleh FB VC UiTM

Format

Digital Text,JPEG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update

Coverage

Malaysia

Files

SS JMU 2026 RTM.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah I Catat Sejarah dengan Pengiktirafan Malaysia Book of Records,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2008.

Output Formats