Penyerahan Pelan Tindakan 2026–2028 Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035
Title
Subject
Description

Pagi tadi di awal Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, telah berlangsung Sesi Penyerahan Pelan Tindakan 2026–2028 bagi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 kepada Datuk Dr. KSU.
Alhamdulillah pelan tersebut telah selesai dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama KPT dengan penglibatan pelbagai pihak dengan pakar dari UiTM dan pelbagai pakar dari KPT, IPT dan agensi KPT.
Terima kasih KPT atas kepercayaan kepada UiTM dan tahniah kepada semua team UiTM yang telah terlibat dalam melaksanakan tugas berat ini. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPPKK),Penolong Naib Canselor (Transformasi Universiti) Universiti Teknologi MARA serta Pendaftar MISI University.
Creator
Date
Format
Language
Type
Coverage
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Ministry of Higher Education, Presint 5, Putrajaya