Kehadiran ke Majlis Pencapaian dan Halatuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118

Title

Kehadiran ke Majlis Pencapaian dan Halatuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118

Subject

Program Celik MADANI, Literasi Kewangan Mahasiswa dan Peranan PNB dalam Pembangunan Ekonomi

Description



Pagi ini menghadiri satu majlis penting, Majlis Pencapaian & Halatuju Celik MADANI berlangsung di Merdeka 118.

Menara kedua tertinggi dunia ini milik PNB, bukan sahaja ikon kemajuan negara, tetapi simbol sebuah perjuangan ekonomi yang diamanahkan kepada PNB yang ditubuhkan pada tahun 1978, melancarkan ASN pada tahun 1981 dan ASB pada tahun 1990. Syukur hari ini dapat menjejak kaki ke menara ini, Alhamdulillah.

Rekaan menara diinspirasikan oleh gaya tangan diangkat ketika laungan “Merdeka!” oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, melambangkan kemerdekaan sebuah bangsa kerana di tapak bersejarah inilah Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 diisytiharkan. Ia juga merupakan identiti nasional dan aspirasi ekonomi Malaysia.

Generasi muda mungkin tidak mengetahui bahawa PNB ditubuhkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, sekali gus mengurangkan jurang ekonomi antara kaum, usaha yang juga didukung kuat oleh UiTM.

Usaha ini menggalakkan generasi muda mula melabur demi kesejahteraan akan datang dengan menyasar satu juta mahasiswa menjelang tahun 2030, meneruskan sebuah perjuangan ekonomi bangsa.

Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, dengan kehadiran YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi PNB, KPPT, Naib-Naib Canselor, TNC-TNC dan wakil-wakil pelajar. UiTM diwakili oleh Exco Kebajikan dan Kewangan, Saudari Nur Izyan Najwa Binti Mohmad Nazer dan Saudara Danish Firdaus Dzulqarnain Bin Roslan.

Tahniah juga kepada warga HEP dan mahasiswa UiTM yang mendapat tempat kedua untuk kategori Sarjana Muda, Alhamdulillah.

Semoga usaha ini menyemai minat melabur dalam kalangan mahasiswa, mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat merentas generasi.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Majlis Pencapaian dan Halatuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update

Coverage

Merdeka 118 ,Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19rPXWA3Yn/

Files

VC Celik MADANI Merdeka 118 (1).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (2).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (3).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (4).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (5).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (6).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (7).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (8).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (9).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (10).jpg
VC Celik MADANI Merdeka 118 (11).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kehadiran ke Majlis Pencapaian dan Halatuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2049.

Output Formats