Program Townhall: Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka

Title

Program Townhall: Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka

Subject

Program townhall pembangunan ekonomi berasaskan data, penglibatan mahasiswa dan kerjasama strategik antara agensi di Negeri Melaka

Description



Alhamdulillah, semalam hari Khamis di Kampus Jasin, menghadiri Program Townhall: Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data, diundang sebagai Ahli Panel bersama Yang Berhormat Datuk Khaidirah Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka dan Yang Berbahagia Tuan Ibrahim Sani, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju. Program kerjasama Institut Tun Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan UiTM sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Data Raya Negeri Melaka 2035 (PPDR 2035). Moderator forum adalah Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Timbalan Naib Canselor ICAN.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Rektor, Jabatan Ketua Eksekutif Negeri Melaka dengan peserta dari institusi pengajian tinggi dari seluruh negeri Melaka.

Kami sempat berkhidmat di bawah kepimpinan Almarhum Datuk Seri Abu Zahar Ithnin sebagai Ketua Menteri pada hujung tahun 1990-an, ayahanda kepada Datuk Dira. Alhamdulillah, kami juga berkongsi sejarah perkembangan industri pembuatan berteknologi tinggi di negeri Melaka sejak tahun 1970-an, perkembangan pembangunan ICT di negeri Melaka sejak pelancaran MSC di Cyberjaya, peranan Yayasan Melaka dan MICTH dalam menggiatkan ICT Melaka dan kini Melaka sebagai Bandaraya Pintar. Dalam menyokong perkembangan itu, Institut Teknologi MARA telah wujud di Melaka sejak tahun 1984 dengan kampus di Lendu, Kampus Bandaraya dan akhirnya Kampus Jasin. UiTM kini wujud di setiap daerah dengan menyumbang langsung kepada kemajuan negeri dengan melahirkan bakat Bumiputera profesional untuk Melaka dan Malaysia amnya, Alhamdulillah.

Mengingatkan anak-anak mahasiswa tentang pentingnya ilmu mencari ilmu, untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat. Data hanyalah data yang perlu diterjemahkan menjadi maklumat dan ilmu, perlunya kemahiran untuk terus meningkatkan kemahiran dan sikap serta nilai untuk terus memperbaiki nilai diri.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Program Townhall: Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin sebagai sebahagian inisiatif PPDR 2035

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update

Coverage

Jasin, Melaka, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17wjbxkdTc/

Files

Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (1).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (2).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (3).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (4).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (5).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (6).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (7).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (8).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (9).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (10).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (11).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (12).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (13).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (14).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (15).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (16).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (17).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (18).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (19).jpg
Program Townhall Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Program Townhall: Anak Muda Penggerak Ekonomi Berpacukan Data di Kampus Jasin, Melaka,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2039.

Output Formats