Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM dan Penghargaan Perkhidmatan
Title
Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM dan Penghargaan Perkhidmatan
Subject
Persaraan pegawai keselamatan UiTM, penghargaan jasa dan sumbangan serta doa kesejahteraan
Description

Semalam, Jumaat 10 April, hari terakhir Tuan SUPT/PB Zakaria bin Ishak, Ketua Polis Bantuan UiTM bertugas kerana bersara wajib.
Bagi pihak seluruh warga UiTM, diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Zack atas segala khidmat dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada UiTM. Mohon maaf juga bagi pihak semua jika terdapat salah dan silap, terkasar bahasa dalam kita sama-sama melaksanakan tugas dan amanah.
Didoakan Tuan Zack dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, diluaskan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, amin. Semoga persahabatan ukhuwah kita berterusan juga. Sanah Helwah!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM dan penghargaan perkhidmatan kepada Universiti Teknologi MARA
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Appreciational wish
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1Dx7AqFwpL/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM dan Penghargaan Perkhidmatan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2040.